Selamat Datang
ke
Kursus Pengurusan Perangkap Minyak Di Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Siri 2 Tahun 2026: Zon Utara
Selamat Datang
ke
Kursus Pengurusan Perangkap Minyak Di Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
Siri 2 Tahun 2026: Zon Utara
Kursus Garis Panduan Pengurusan Perangkap Minyak Di Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2026 – Siri 2 merupakan program anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Bahagian Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum. Bagi Siri 1, penganjuran memfokuskan kepada penglibatan pegawai PBT bagi Zon Utara.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan teknikal mengenai Garis Panduan Pengurusan Perangkap Minyak di Premis Makanan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-87 pada 12 Mac 2026. Garis panduan ini merangkumi aspek piawaian pemasangan, prosedur operasi dan penyenggaraan (O&M), serta pengurusan sisa yang sistematik di peringkat PBT.
Kursus ini menjadi platform utama dalam menyelaraskan pelaksanaan polisi baharu hasil keputusan MNKT tersebut. Ia bertujuan memastikan sistem penyampaian perkhidmatan perbandaran, khususnya dalam aspek kawalan sanitasi di premis makanan, dapat diperkukuhkan selaras dengan ketetapan dan dasar terkini kementerian.