Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan salam sejantera.
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka “ Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
Tahniah dan syabas diucapkan kepada BIRO PEMBANGUNAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS, SEKTOR PENDIDIKAN KHAS, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA kerana dapat menghasilkan web Biro Pembangunan Kurikulum Pendidikan Khas. Penghasilan web ini merupakan satu usaha yang baik bagi memastikan maklumat berkaitan kurikulum dikumpulkan dalam satu medium yang mudah diakses oleh pelbagai pihak.
Adalah menjadi harapan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, agar web yang dibina ini dapat memberikan manfaat kepada Guru Pendidikan Khas dan pelbagai pihak.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka atas usaha yang baik ini, dan diharapkan dapat meneruskan perjuangan dalam membantu rakan guru mendapat maklumat dan bahan yang berkualiti daripada web yang dibangunkan.
Akhir kata, saya berharap penghasilan web ini, dapat memberi manfaat kepada semua. Syabas dan tahniah.
Pn. Mahfudzah binti Mohamed NoorPengarah Pendidikan MelakaJabatan Pendidikan Negeri Melaka.