HEBAHAN SEMASA
Jadual Minggu Panitia
Jadual PBD
SELAMAT DATANG KE e-KURIKULUM SK DAMANSARA DAMAI (2)
Jadual Minggu Panitia
Jadual PBD
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UASA 2024
Unit kurikulum telah mengambil inisiatif untuk membuat bengkel teknik menjawab UASA kepada murid Tahap 2 bagi persediaan untuk UASA 2024 pada minggu hadapan. Diharapkan usaha ini akan dapat membantu murid dalam menjawab soalan UASA dengan lancar dan jayanya.
Antara panitia yang terlibat ialah Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Sains.
Sambutan Maulidur Rasul 1446H / 2024M
Maulidur Rasul merupakan satu perayaan penting dalam kalendar umat Islam yang disambut setiap tahun pada 12 Rabiulawal. Justeru, bertitik tolak daripada peristiwa tersebut, Panitia Pendidikan Islam SK Damansara Damai (2) mengambil inisiatif untuk melaksanakan sambutan Maulidur Rasul 1446H peringkat sekolah bertujuan sebagai satu manifestasi kecintaan dan penghargaan umat Islam terhadap jasa dan pengorbanan baginda.
Kunjung Bantu TS25 2024
22 April 2024, sekolah telah menerima kunjungan daripada PPD Petaling Utama untuk bimbingan sekolah TS25 kohort 1 . Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
MINGGU PANITIA B.MELAYU
MINGGU PANITIA B.INGGERIS
MINGGU PANITIA MATEMATIK
MINGGU PANITIA SAINS
MINGGU PANITIA P.ISLAM & P.MORAL
MINGGU PANITIA B.ARAB & B.TAMIL
Aktiviti minggu pertama persekolahan di SK Damansara Damai (2).
Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini. Melalui Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 (Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2023/2024), kelas akademik tidak lagi perlu dijalankan pada minggu pertama persekolahan.
Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan 1445H/ 2024M Peringkat SK Damansara Damai (2).
Bulan Ramadhan adalah anugerah terindah paling hebat dari Allah kepada hambaNya bagi menambah amalan dan meraih ganjaran yang dijanjikan Allah.Menyedari hakikat inilah, pihak Panitia Pendidikan Islam melaksanakan program untuk menghidupkan penghayatan Ramadhan di sekolah bersama-sama warga sekolah. Pelbagai aktiviti yang dirancang yang bertujuan untuk mendapatkan keberkatan dan memberi kesedaran betapa besarnya ganjaran pahala di bulan Ramadhan ini.
Majlis Iftar Jamaie dan Agihan Bubur Lambuk 1445H/ 2024M SK Damansara Damai (2) .
Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa yang melibatkan semua warga sekolah yang terdiri daripada guru, AKP, murid dan juga ibubapa.
Sambutan daripada ibubapa amat menggalakkan dan majlis berjalan dengan lancar.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan program kali ini.
Barisan Para Pentadbir dan Guru-guru SK Damansara Damai 2