Projek River Of Life dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merangka aktiviti dan program kepada warga kota tentang projek tersebut.
Pertandingan fotografi ini merupakan edisi keenam sejak tahun 2015 bersempena dengan Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur (KUL Design).
Selain itu ianya bersempena dengan bulan kemerdekaan tahun 2020 yang bertemakan Malaysia Prihatin
Menguar-uarkan kepada warga kota tentang inisiatif kerajaan dalam projek pembersihan dan pengindahan sungai terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur
Mewujudkan kesedaran (awareness) kepada warga kota terhadap kemudahan yang disediakan di sepanjang Sungai Gombak/ Sungai Klang untuk dimanfaatkan oleh semua golongan warga kota dan pelancong;
Sebagai usaha awal untuk mempromosikan projek River Of Life sebagai produk eko pelancongan Kuala Lumpur.
Tema pertandingan adalah River Of Life - Sungai Nadi Kehidupan yang merangkumi keseluruhan projek ROL.
Projek ROL Fasa 1 merangkumi :
Presint 7 - St. Mary's Cathedral, Leboh Pasar Besar, Dayabumi Promenade, LRT Pasar Seni, Panggung Bandaraya, Masjid Jamek Dan Bangunan Sultan Abdul Samad
3. Projek ROL Fasa 2 merangkumi :
Pakej 1C & 1D - Dataran Merdeka Dan Jalan Tun Perak Sehingga Jalan Tun Tan Cheng Lock Dan Masjid India
Pakej 3A - Kawasan Sungai Gombak Dari Jalan Sultan Ismail Ke Kawasan Tiong Nam
Pakej 3B - Kawasan Sungai Gombak Dari Jalan Sultan Ismail Ke Jalan Parlimen Dan Kawasan Sungai Klang Dari Jalan Masjid Jamek Ke Dang Wangi
Pakej 4A - Kawasan Sungai Klang Dari Jalan Kinabalu Ke Jalan Maarof
Pakej 4B - Brickfields; Jalan Scott, Jalan Tun Sambanthan 4, Jalan Thambipillay, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Vivekananda, Jalan Rozario, Lorong Chan Ah Tong, Jalan Chan Ah Tong Dan Jalan Tebing
Pakej 2 - Taman Titiwangsa
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Malaysia berumur dari 13 tahun dan ke atas.
Penyertaan adalah PERCUMA (Tiada yuran penyertaan dikenakan)
Terhad kepada SATU penyertaan sahaja bagi setiap kategori.
Gambar mestilah pertama kali dihantar dan tidak boleh diulang pakai atau guna semula daripada mana-mana pertandingan, pameran atau komersial.
Semua PESERTA hendaklah menghantar hasil penyertaan yang telah siap dicetak bersaiz 8R (8” x 10”/ 203mm x 254mm) atau S8R (8” x 12”/ 203mm x 305mm) dan dikemaskan di atas MOUNTING BOARD berwarna hitam bersaiz A3.
Hanya Pemenang sahaja perlu menyerahkan imej asal dalam RAW FILE dan gambar JPEG yang telah diproses dalam bentuk salinan digital dan diserahkan kepada Sekretariat.
Tidak dibenarkan sebarang suntingan fotografi menggunakan komputer tetapi suntingan fotografi di dalam kamera adalah dibenarkan. Teknik suntingan fotografi di dalam kamera seperti HDR (High Dynamic Range), tona hitam putih dan pelbagai teknik suntingan di dalam kamera yang bersesuaian adalah dibenarkan.
Manipulasi imej digital yang mengubah atau memberi gambaran yang salah daripada keadaan sebenar adalah TIDAK DITERIMA.
Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan foto pertandingan yang melanggar syarat-syarat di atas tanpa sebarang notis kepada para peserta yang terlibat.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pelanggaran hak atau pencerobohan jika menggunakan 'drones' di kawasan larangan atau persendirian.
Penganjur tidak akan menanggung sebarang kos kerugian atau sebarang kemalangan kepada Peserta atau Pihak Ketiga yang melibatkan drones.
Penyertaan yang dihantar tidak akan dikembalikan dan adalah menjadi hak milik DBKL yang berhak untuk menghasilkan semula, menerbit atau mempamerkan untuk tujuan pengiklanan atau bahan promosi tanpa pemberitahuan dan pembayaran kepada peserta.
Tarikh Pertandingan : 1 - 31 Ogos 2020
Tarikh Tutup : 31 Ogos 2020
Tarikh Akhir Penghantaran : 4 September 2020 (5 Petang)
Tarikh Pengumuman Pemenang : 16 September 2020
#Tertakluk kepada perubahan
Kategori :
Kategori 1 : Berumur 13-18 tahun
Kategori 2 : Berumur 19 tahun ke atas
Medium Pertandingan
Peserta dibenarkan untuk mengunakan kamera digital, telefon bimbit atau dron
Kategori 1 (13-18 tahun)
RM 1,500.00 x Pertama
RM 1,000.00 x Kedua
RM 750.00 x Ketiga
RM 500.00 x Keempat dan Kelima
RM 250.00 x Hadiah Keenam hingga Kesepuluh
Kategori 2 (19 tahun ke atas)
RM 3,000.00 x Pertama
RM 2,000.00 x Kedua
RM 1,500.00 x Ketiga
RM 500.00 x Keempat dan Kelima
RM 250.00 x Hadiah Keenam hingga Kesepuluh
Gambar hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 September 2020, jam 5.00 Petang ke :
Unit Pengurusan Projek Ikonik, Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 22, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur
Tel : 03 2617 6608/ 6490 Fax : 03 2698 3854 Email : ikonik.dbkl@gmail.com