KUIZ PEMBELAJARAN DIGITAL

SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah dapat juga saya mewujudkan laman yang ringkas ini bagi tujuan khusus untuk mengumpul dan membantu murid-murid sekolah rendah untuk mudah membuat rujukan kepada bahan-bahan pembelajaran atas talian iaitu bahan Kuiz Google Form.
Laman yang diwujudkan pada ketika ini hanya tertumpu kepada subjek-subjek utama sahaja dan ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memperbanyakkan soslan-soalan kuiz untuk dilayari dimasa-masa akan datang.
Insyaallah, soalan-soalan kuiz akan disusun mengikut turutan tajuk-tajuk yang dipelajari oleh murid-murid diperingkat sekolah. Semoga ia memberi manfaat untuk mengukuhkan lagi pengetahuan murid-murid dalam pelajaran. Terima kasih