Pengumuman Penting!!!!
Pengumuman Penting!!!!
Pandemik COVID-19 telah menyebabkan tertangguhnya pelbagai aktiviti kokurikulum bagi pelajar-pelajar di sekolah dan aktiviti-aktiviti tersebut terpaksa dijalankan secara dalam talian. Bagi meneruskan program dan aktiviti untuk ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia (SJAM) di sekolah rendah serta memastikan penyertaan sukarelawan baru akan berterusan, pihak SJAM bercadang mengadakan Kuiz untuk ahli St. John Muda secara dalam talian, berikutan penyertaan yang amat mengalakkan pada tahun 2022.
Program ini bertujuan untuk menguji dan mengukuhkan pengetahuan ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia di sekolah-sekolah rendah disamping memberi peluang kepada semua ahli SJAM mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat dan menguji pengetahuan mereka.
Program ini bertujuan untuk menguji dan mengukuhkan pengetahuan ahli-ahli St. John Muda, St. John Ambulans Malaysia (SJAM) di sekolah-sekolah rendah disamping memberi peluang kepada semua ahli SJAM mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat.
Pada penghujung program ini , peserta-peserta berpeluang memperolehi markah dalam PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dengan secara penyertaan dan pencapaian peringkat kebangsaan.
Kuiz St. John Muda Dalam Talian Dalam Talian ini adalah terbuka kepada semua ahli St. John Ambulans Malaysia dari Sekolah Rendah di Malaysia.
Kuiz ini akan dianjurkan pada 24 September 2022 (Sabtu) secara Dalam Talian.
Tiada had dalam bilangan peserta yang menyertai kuiz ini.
Peserta hanya boleh menyertai satu jenis kuiz mengikut taraf keahlian.
Taraf Keahlian:
a) Kategori A – Tahun 4 (Lelaki & Perempuan)
b) Kategori B – Tahun 5 (Lelaki & Perempuan)
c) Kategori C – Tahun 6 (Lelaki & Perempuan)
Peserta perlu mempunyai telefon pintar (smartphone) atau komputer.
Berpandukan Buku Panduan St. John Ambulans Malaysia di Sekolah (Terbitan 2016). Sila hubungi Ibu Pejabat Negeri / Wilayah / Kawasan masing-masing untuk memperoleh buku panduan berkenaan.
Sila rujuk Lampiran A seperti di bawah:
Peserta akan menyertai kuiz mengikut tarikh, masa dan kategori masing-masing melalui pautan https://sites.google.com/view/kuiz-st-john-muda-dalam-talian/home secara dalam talian untuk menjawab kuiz menggunakan Borang Elektronik (e-Form)
Soalan kuiz terdiri daripada soalan pelbagai pilihan (MCQ - Multiple Choice Questions) dalam tempoh dua (2) jam (120 minit).
Soalan-soalan adalah dalam Bahasa Melayu sahaja.
Kuiz St. John Muda - Kategori A - Tahun 4 [ Dalam Talian ]
Tarikh: 24 September 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi - 10.00 Pagi
Kuiz St. John Muda - Kategori B - Tahun 5 [ Dalam Talian ]
Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi-12.00 Tengah Hari
Kuiz St. John Muda - Kategori C - Tahun 6 [ Dalam Talian ]
Tarikh: 24 September 2021 (Sabtu)
Masa: 1.00 Petang - 3.00 Petang
Berikut adalah kaedah penganugerahan sijil elektronik (e-certificate):
Sijil Penyertaan (hanya untuk peserta yang memperoleh markah 50% dan ke atas).
Sila pastikan NAMA PENUH (SEPERTI DI DALAM MyKID atau MyKAD), NOMBOR MyKID atau MyKAD, NAMA SEKOLAH, DARJAH, NEGERI / WILAYAH adalah betul dan lengkap.
Pemenang akan ditentukan berdasarkan peserta kuiz yang berjaya menjawab soalan terbanyak dengan betul dan terpantas.
Semua Pemenang akan menerima Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian BERCETAK daripada IPK SJAM.
Peserta yang menyertai kategori yang salah akan hilang kelayakan penyertaan.
TIADA yuran penyertaan akan dikenakan kepada ahli-ahli yang mengambil bahagian-bahagian dalam kuiz pertandingan ini.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Turus Negeri / Kawasan (St. John Muda) masing-masing atau layari https://sites.google.com/view/kuiz-st-john-muda-dalamtalian/home untuk maklumat lanjut dan kaedah menyertai pertandingan ini.