Disclaimer (Penafian)
Disclaimer (Penafian)
Perkhidmatan yang diberikan adalah sebagai panduan kepada pengguna internet di Malaysia. Ia disediakan sebagai alat untuk mendidik masyarakat dan penjual ubat di internet supaya masyarakat dan penjual hanya berurusan dengan ubat yang berdaftar. Laman web yang disaring dan dikesan mengandungi pelanggaran undang-undang akan dimasukkan ke dalam sistem ini.
Sekiranya berlaku perubahan terhadap kandungan laman web, terdapat kemungkinan bahawa sistem tidak dikemaskini segera dan menyebabkan false negative. Begitu juga dengan laman web yang tidak disaring, ia berkemungkinan menawarkan untuk jualan ubat yang tidak berdaftar tetapi tidak dapat dikesan melalui perkhidmatan ini.
Oleh itu pengguna dinasihatkan untuk mengetahui cara-cara mengenalpasti ubat yang tidak berdaftar agar penilaian dapat dibuat sendiri semasa melayari internet. Pengguna diingatkan untuk sentiasa menyemak status pendaftaran produk kesihatan dan notifikasi kosmetik melalui laman web rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Maklumat di dalam sistem ini telah dikemaskini sehingga tarikh diterbitkan. Segala usaha telah dijalankan bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan ini.
Sebarang salinan dan cetakan semula untuk tujuan komersil adalah dilarang dan hanya dibenarkan untuk tujuan rujukan.