Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas yang tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur serta kawasan sekitarnya. Keahlian adalah terbahagi kepada 4 (empat) kategori:
Mereka yang berkelulusan Sijil / Diploma / Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling / Psikologi dari universiti tempatan dan luar negara atau Sarjana dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling / PsikologiĀ atau Doktor Falsafah dalam bidang Kaunseling / Bimbingan dan Kaunseling / Psikologi. Setiap pemohon untuk menjadi Ahli Seumur Hidup perlu mendaftar sebagai Ahli Biasa sekurang-kurangnya setahun. Ahli layak bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam pertubuhan.
Mereka yang berminat dalam kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Ahli tidak layak bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam pertubuhan.
Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti Kursus Bimbingan dan Kaunseling atau bidang berkaitan institusi pengajian tinggiĀ yang diiktiraf oleh kerajaan dengan syarat mendapat kebenaran secara bertulis dari Pendaftar IPT berkenaan. Ahli tidak layak bersuara, mengundi atau diundi serta memegang apa-apa jua jawatan di dalam pertubuhan.
Ahli Kehormat adalah keahlian yang dianugerahkan kepada sesiapa yang difikirkan layak oleh jawatankuasa.
AHLI SEUMUR HIDUP
JUMLAH AHLI SEUMUR HIDUP : 134
AHLI TAHUNAN 2023-2024
JUMLAH AHLI TAHUNAN : 448