Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti (nod) seperti komputer, pencetak, telefon pintar atau lain-lain peranti yang berhubung dengan media penghubung untuk menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancaran infra merah atau satelit. Rangkaian boleh menghubungkan pengguna-pengguna di bawah satu bangunan atau dari berlainan tempat.