Keseluruhan Logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga (RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah - Keberanian dan keluhuran
Kuning - Kejayaan dan keharmonian
Putih - Kesucian dan bertangungjawab
Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
Di bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Segi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
Garisan merah di atas garisan putih
Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.
Gelanggang Futsal
Saloon Muslimah
Kedai Servis Tayar
Kiosk/Gerai Makanan Segera
Semua statistik relatif di atas adalah berdasarkan sumbangan input maklumat individu di KRT Komuniti Bandar Sierra dan bersifat "autoupdate". Pengemaskinian hanya dilakukan bagi tujuan keseragaman sahaja. Pautan untuk menyumbang maklumat tersebut ada diwar-warkan dalam aplikasi media sosial dan juga dalam pautan laman Facebook Closed Group Bandar Sierra yang digunakan oleh Komuniti Bandar Sierra. Diharapkan statistik relatif diatas dapat memberi gambaran warna-warni keempunyaan dan kekitaan serta kekuatan dalam menerajui Ke Arah Komuniti Unggul.
Dimulakan pada awal tahun 2015 satu jawatankuasa bertindak penduduk Bandar Sierra yang dikepalai oleh Tn. Effendy Hadis telah mengusahakan penubuhan Kejiranan Rukun Tetanggga untuk penduduk Bandar Sierra. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi mengikut perundangan yang sah bagi sesi tahun 2015/2016 yang dikendalikan oleh Tn. Masri daripada PPDKK JPNIN Sabah. Selain itu, barisan AJK utama ialah Tn. Julian Siong selaku Timb. Pengerusi, Tn. Asfar Abdul Hamid selaku setiausaha, Tn. Tony Paridi selaku Bendahari dan Tn. Ajimi Jawan selaku Pen. Setiausaha. Maka bermulalah KRT Komuniti Bandar Sierra yang mengusahakan pelbagai aktiviti yang selaras dengan panduan pekeliling. Pada masa yang sama bertindak sebagai platform perpaduan dalam memurnikan isu-isu dalam komuniti yang timbul.
Bagi sesi tahun 2017/2018 barisan AJK KRT KBS yang telah dilantik mengikut perundangan yang sah yang telah dikendalikan dan disaksikan oleh Pn. Malawati selaku Pegawai Kanan PPD JPNIN Sabah. Barisan KRT KBS bagi sesi tahun 2017/2018 dikepalai oleh Tn. Hj. Mokhtar Lahaya selaku Pengerusi, Tn. Mohamed Feroz Bin Abdul Hamid selaku Timb. Pengerusi, Tn. Asfar Bin Abdul Hamid selaku Setiausaha, Tn. Muhd. Zahimi Bin Din Janai selaku Bendahari dan Tn. Ajimi Jawan selaku Pen. Setiausaha.
Setelah 2 penggal telah berlalu kini bagi tahun 2019/2020 barisan AJK KRT yang baharu telah dilantik mengikut perundangan yang sah yang telah dikendalikan dan disaksikan oleh Cik Padmini Sundrasagai selaku penolong pegawai perpaduan Pejabat Perpaduan Daerah (PPD) Zon Bandaraya Kota Kinabalu, JPNIN Sabah. Barisan KRT KBS bagi sesi tahun 2019/2020 dipengerusikan oleh Tn. Asfar bin Hj. Abdul Hamid, Tn. Julian Siong selaku Timbalan Pengerusi, Tn. Ajimi Jawan selaku Setiausaha, Tn. Herman Yubing selaku Bendahari dan Charles Lawrence @ Muhammad Arifin Lawrence Abdullah selaku Penolong Setiausaha.
Maklumat adalah yang dikemaskini setakat 16 Ogos 2020 .
Laman Web KRT KBS mula diusahakan Pada 6 Jun 2017 atas pengamatan hebahan dan perkongsian maklumat dan juga kaedah perolehan maklumat kolektif yang lebih efisyen. Platform dipilihkan berdasarkan All in One Platform dan fleksibiti kebolehcapaian oleh penduduk KBS mahupun pihak luar.
Disediakan oleh Asfar bin Hj Abdul Hamid.
Hubungi KRT KBS di komunitibandarsierra@gmail.com