Profil Syarikat

PENGENALAN

Kem Rimba Tamu telah ditubuhkan pada 21 Mei 2007. Secara umumnya Kem Rimba Tamu menawarkan kursus motivasi berbentuk ceramah dan latihan fizikal ‘outdoor’ dan agama kepada para pelajar, belia, pegawai swasta dan kerajaan serta individu yang berminat untuk mendapat ilmu pengetahuan dan motivasi.

Di antara sebab-sebab penubuhan syarikat ini ialah:

  1. Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang Islam di dalam bidang ini. Oleh yang demikian syarikat ini ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang Islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.
  2. Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan peningkatan taraf hidup rakyat yang semakin bertambah baik. Oleh yang demikian, syarikat ingin membantu individu, syarikat, kerajaan untuk lebih maju dan berwawasan dengan menganjurkan program-program berbentuk fizikal..
  3. Masalah pengangguran dan kelemahan individu dalam bidang pendidikan, ekonomi, bahasa, politik, agama, sosial, motivasi, keibubapaan dan lain-lain masalah masih berlaku. Syarikat ini ingin memotivasikan individu, badan kerajaan dan swasta supaya lebih cemerlang dan maju.
  4. Masalah penagihan dadah masih berlaku dan peningkatan jumlah kes penagih baru adalah amat membimbangkan. Syarikat ingin membantu pihak kerajaan dan swasta dengan ceramah motivasi.
  5. Kejayaan dan kecemerlangan pelajar Melayu masih rendah walaupun pelbagai kemudahan dan prasarana yang baik dan sempurna telah disediakan oleh kerajaan. Syarikat ingin membantu pelajar serta remaja supaya maju dan berjaya dengan lebih cemerlang lagi.
  6. Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad adalah untuk semua bangsa dan agama. Syarikat ingin membantu supaya kemajuan akan tercapai dengan lebih cepat dan mampu maju dan kaya seiring dengan negara lain yang telah mencapai nikmat kemajuan.
  7. Kejayaan seseorang adalah berpunca dari diri sendiri, oleh demikian, syarikat ingin membantu individu supaya mampu menjadi maju dan cemerlang.

Visi

Untuk membina insan bertamaddun dengan melahirkan remaja contoh iaitu pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara.

Misi

Untuk membentuk remaja dengan kekuatan mental dan fizikal.