MAJLIS PENTAULIAHAN DAN PELANTIKAN PEGAWAI UNIT BERUNIFORM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU : Majlis Pentauliahan dan Pelantikan Pegawai Unit Beruniform Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI) telah dijalankan pada 1 Mac 2023 di Dewan Sri Temenggong, IPGKTI. Seramai 59 orang Pegawai KRS telah diberikan Watikah Pentauliahan bagi Pegawai Latihan; Mejar KRS dan Kapten KRS dan juga Pegawai Pengurusan pelbagai peringkat iaitu Dr. Hjh. Wan Noor Siah Binti Wan Abdullah, Timbalan Pengarah KRS IPGKTI, Ketua Penolong Pengarah KRS IPGKTI dan Pensyarah KRS IPGKTI. Diharapkan dengan pentauliahan ini, dapat menaikkan semangat dan menerapkan semangat berpasukan dan meningkatkan imej KRS di peringkat IPGM.
Barisan Kepimpinan KRS IPGKTI dari kiri : Tn. Hj. Sanif Bin Sapaat (Skekratariat KRS IPGM), Tn. Hj. Mohd Zain Bin Badui (Pengarah KRS IPGKTI), Dr. Hjh. Wan Noor Siah Bin Wan Abdullah (Timb. Pengarah KRS IPGKTI), Dr. Normila Binti Mohd Bohari (Ketua Penolong Pengarah KRS IPGKTI)
Penyampaian Watikah Pentauliahan Timbalan Pengarah KRS IPGK Temenggong Ibrahim kepada Dr. Hjh. Wan Noor Siah Binti Wan Abduullah
Majlis dihadiri para pensyarah IPGK Temenggong Ibrahim
Barisan kepimpinan dan pensyarah KRS IPGKTI
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KRS DAN KURSUS PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA KRS IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
PENGERANG : Pekhemahan Unit Beruniform KRS dan Kursus Pentauliahan Leftenan Muda KRS IPGKTI telah dijalankan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU) pada 2-6 Mac 2022). Seramai 103 orang siswa guru PISMP ambilan Jun 2021 telah menyertai kursus tersebut dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KRS. Kursus ini adalah sebagai persediaan kepada siswa guru sebagai Pegawai Unit Beruniform dan dapat mengaplikasi ilmu dan pengetahuan apabila dilantik sebagai guru unit beruniform apabila ditempatkan sebagai guru setelah tamat pengajian nanti.
UJIAN PENTAULIAHAN KOPRAL TKRS DAN SARJAN KRS PPD JOHOR BAHRU
GELANG PATAH : Seramai 30 orang anggota KRS IPGKTI diketuai Kapten KRS Muhammad Ridzuan Bin Jamhari telah menghadiri Ujian Pentauliahan Kopral dan Sarjan KRS anjuran PPD Johor Bahru pada 14-16 November 2022. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pengarah PPD Johor Bahru atas inisiatif ini dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi peluang menimba pengalaman kepada KRS IPGKTI menjadi panel penguji dan jawatankuasa dalam membantu menganjurkan program KRS. Tahniah dan terima kasih !!!
KURSUS KAWAD TONGKAT KADET REMAJA SEKOLAH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
IPGKTI : Kursus Kawad Tongkat ini telah dijalankan di IPGK Temenggong Ibrahim sebagai pendedahan kawad tongkat kepada pelajar KRS. Kawad tongkat merupakan sebagai sebahagian daripada kurikulum pentauliahan Leftenan Muda KRS. Semoga dengan pendedahan ini, dapat disebar luaskan lagi apabila ditempatkan sebagai guru kelak.