Selamat datang ke website Rasmi Pasukan Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Daerah Kemaman, Terengganu.
Semoga dengan adanya website ini akan memudahkan anda semua mendapatkan info-info terkini, bahan-bahan dan panduan yang disediakan oleh Sekretariat KRS dan TKRS Daerah Kemaman di bawah Bimbingan PT KRS Daerah Mejar Suzi binti Salim.
Salam perkenalan buat semua pengunjung website ini.
Saya Mejar KRS Suzi binti Salim selaku Pegawai Tadbir KRS Daerah Kemaman mengalu-alukan kedatangan anda semua ke site ini.
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam mengurus dan menjalankan aktiviti KRS dan TKRS di sekolah masing-masing.
Saya amat berharap guru penasihat sekolah-sekolah di Daerah Kemaman terutamanya, dapat memberikan kerjasama kepada saya untuk membangunkan pasukan KRS & TKRS masing-masing di peringkat Daerah Kemaman sekaligus ke Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Insyaallah...
Sama-sama kita berganding bahu dalam merealisasikan impian ini.