Program ini dilangsungkan secara 'outdoor' atau 'in-store' di negeri Sarawak. Meliputi dari Bahagian Kuching hingga ke Bahagian Limbang. Tidak terhad pada penyertaan dari usahawan negeri Sarawak sahaja, promosi di Sarawak juga menjemput usahawan dari negeri Sabah dan negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, hanya usahawan berdaftar dengan Krafrangan Malaysia sahaja dapat menyertai program tersebut.
Program ini khusus bagi komuniti disekitar negeri Sarawak. Ianya bertujuan memberi pendedahan dan membangunkan kemahiran peserta dalam penghasilan produk kraf yang menarik serta berkualiti untuk dipasarkan bagi menjana pendapatan.
Program ini dilangsungkan bagi memperkenalkan serta mengembangkan pengetahuan masyarakat dalam proses pembuatan produk-produk kraf. Ia juga bertujuan memlihara seni kraf tempatan sebagai khazanah yang kekal relevan ke arah kelestarian industri kraf negara.
Program ini khusus bagi usahawan kraf yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia. Ianya memberi pendedahan dan membangunkan kemahiran usahawan kraf yang sedia ada dalam penghasilan produk kraf dari segi teknik-teknik dan corak rekaan yang terbaharu.
Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 kepada orang ramai yang berumur antara 18 hingga 35 tahun. Tenunan Songket di Kuching manakala Tenunan Pua di Betong. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.
Pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak menawarkan lawatan berpandu / khidmat iring kepada mana-mana agensi atau syarikat swasta di seluruh Malaysia yang berminat melawati Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.
Merupakan usaha pengukuhan saluran pemasaran produk kraf dan perkhidmatan secara dalam talian (online) berkonsepkan global reach local identity. Pengguna ditawarkan dengan kepelbagaian produk yang terdapat dalam rantaian industri kraf yang merangkumi produk, bahan mentah, rekaan produk, perkhidmatan selepas pembelian dan maklumat berkaitan industri kraf. Buat permulaan, platform ini menghimpunkan kira-kira 400 usahawan kraf yang terdiri daripada pembuat, pembekal hinggalah pengedar.
Inisiatif E-Kraf Bazar telah diperkenalkan menerusi aplikasi media sosial - Facebook Group. E-Kraf Bazar ini merupakan inisiatif pemasaran yang diwujudkan bertujuan memasarkan produk kraf dalam talian bermula 8 April 2020 iaitu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga kini.
Craft On The Go merupakan insiatif Kraftangan Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan secara digital dalam bentuk mobile apps kepada masyarakat bagi meningkatkan kebolehcapaian maklumat berkaitan usahawan kraf di seluruh Malaysia.