Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak (Kraftangan Sarawak) dahulu dikenali sebagai Lembaga Kraftangan Malaysia mula bertapak di Sarawak pada tahun 1978 di Bangunan Mara Negeri Sarawak. Kraftangan Sarawak merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di negeri Sarawak. Kraftangan Sarawak juga merupakan kompenan MOTAC dalam menerajui industri kraf dari segi galakan dan promosi khususnya di negeri Sarawak.
PERANAN KRAFTANGAN
Memajukan dan di mana perlu, menggiat dan memulihkan kemahiran dan ketukangan tradisional;
Memajukan dan menggiatkan perkembangan dan memelihara standard, perusahaan Kraftangan dengan berbagai cara, termasuk mengadakan perkhidmatan penyelidik, penasihat dan pengembang;
Memandu, mengorientasi dan membantu tukang-tukang yang ada sekarang kearah penggunaan cara-cara moden pengeluaran, pengurusan dan pemasaran;
Mengawal, meninggikan dan memperbaiki kualiti dan menyenggara standard dan keluaran-keluaran kraftangan untuk pasaran tempatan dan luar negara; dan
Memajukan pemasaran dan pengeksportan keluaran-keluaran kraftangan.