12. Pameran METTAREKA @ Program Rancakkan MADANI 2025 📅 5–7 Disember 2025📍 Dataran Putrajaya
KPU LTecHUB telah menyertai pameran ini bagi mempamerkan inovasi dan hasil penyelidikan berteraskan teknologi interaktif serta STEM AI kepada masyarakat umum dan pihak industri.
11. Pameran METTAREKA @ KARKON UKM 2025 📅 27 November 2025 📍 DECTAR, UKM
Penyertaan dalam KARKON UKM 2025 bertujuan memperkenalkan projek penyelidikan dan inovasi KPU LTecHUB kepada komuniti akademik serta menggalakkan perkongsian ilmu dan kolaborasi.
10. Lawatan ke Universitas Diponegoro Semarang 📅 7-13 September 2025 📍 Universitas Diponegoro Semarang
Lawatan akademik ini dilaksanakan bagi memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui pertukaran ilmu, perbincangan penyelidikan, dan eksplorasi peluang kolaborasi strategik antara institusi.
9. UI UX Intensive Design Workshop 📅 17–18 Februari 2025📍 Bilik Eksekutif FTSM
Bengkel intensif ini memberi pendedahan menyeluruh berkaitan UX research dan amalan terbaik reka bentuk bagi meningkatkan keupayaan peserta dalam menghasilkan pengalaman pengguna yang efektif dan berkualiti tinggi.
8. Pameran METTAREKA di Festival of IDEAS 📅 27-29 November 2024 📍 PICC
Projek METTAREKA diberi peluang untuk dipamerkan Festival of IDEAS yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pameran ini menampilkan inovasi terkini dalam reka bentuk dan teknologi, sekaligus mencerminkan usaha kami memajukan sektor pendidikan tinggi.
7. Perbincangan & Majlis Tandatangan MoU bersama UNDIP 📅 26-27 November 2024 📍 FTSM
Kerjasama strategik bersama Universitas Diponegoro (UNDIP) melalui Majlis Tandatangan MoU ini bertujuan mengukuhkan hubungan akademik, dan penyelidikan antara kedua-dua institusi.
6. Hari Terbuka Jubli Mutiara 30 Tahun FTSM 📅 9 Oktober 2024 📍 FTSM
Kami berbesar hati meraikan 30 tahun kecemerlangan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui Hari Terbuka Jubli Mutiara. Pelbagai aktiviti menarik, termasuk pameran teknologi dan ceramah pakar, diadakan untuk menginspirasikan generasi masa depan.
5. Lawatan ke Muzium Islam Pulau Pinang 📅 11 September 2024 📍 Pulau Pinang
Lawatan ini menjadi medan perbincangan bersama Lembaga Pengarah WAKAF PENANG mengenai potensi kolaborasi baharu. Fokus diberikan kepada usaha memperkukuh penyelidikan dan mengimplementasi teknologi maya dalam lawatan muzium dan pengurusan wakaf.
4. Perbincangan Prospek Penyelidikan 📅 26 Ogos 2024 📍 PIK, UKM Bersama kolaborator dan Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK)
Sesi ini membincangkan langkah-langkah strategik untuk menghasilkan penyelidikan bermutu tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat, terutama dalam konteks digitalisasi dan teknologi maklumat.
3. Perbincangan Projek Penyelidikan 📅16 Ogos 2024
Kolaborasi bersama WAKAF PENANG dan LESTARI GROUP membuka peluang untuk melaksanakan penyelidikan yang menyokong pembangunan sistem yang dapat memberi kepentingan kepada komuniti. Perbincangan ini menjadi platform untuk membina inisiatif yang selari dengan keperluan masyarakat.
2. Perbincangan Perlesenan Projek METTAREKA
📅 17 Julai 2024 📍 Balai Seni Negara
Perbincangan bersama Lembaga Seni Visual Negara membawa fokus kepada aspek perlesenan dan pengkomersialan Projek METTAREKA. Usaha ini bertujuan memastikan penggunaan sistem METTAREKA dapat diguna dan dikomersial secara meluas di Balai Seni Negara.
Sesi Perbincangan Prospek Projek Penyelidikan 📅 21 Jun 2024 📍 MYX LAB, FTSM
Kami dengan penuh semangat mengadakan sesi perbincangan bersama LESTARI GROUP untuk meneroka potensi kolaborasi penyelidikan baharu. Perbincangan ini bertujuan menjana idea inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti dan industri.