SUDUT BIBLIOTERAPI
Sudut terapi diri menggunakan buku
BILIK DISKUSI
Bilik ini dapat memuatkan seramai 14 orang pada satu-satu masa. Ianya dilengkapi dengan televisyen untuk pancaran perbincangan.
RUANG SANTAI
Pengguna perpustakaan boleh menggunakan ruang santai ini dan menonton rancangan ilimiah yang disediakan. Terdapat juga bahan bacaan santai di ruangan ini.
KEMUDAHAN INTERNET
Seluruh bangunan Perpustakaan dilengkapi rangkaian internet tanpa wayar (wireless network). Melalui kemudahan ini pengguna yang memiliki komputer riba (laptop / notebook) berpeluang melayari internet di mana-mana sahaja sekitar bangunan Perpustakaan.
BILIK KAREL
Perpustakaan menyediakan 10 buah meja karel untuk kegunaan pengguna.
LOKAR
Kemudahan loker disediakan semasa waktu pembukaan perpustakaan yang bertempat di ruang lobi perpustakaan.
RUANG BACAAN
Kemudahan membaca disediakan kepada pengguna. Pengguna dinasihatkan supaya meninggalkan buku perpustakaan pada troli selepas penggunaan. Pengguna dinasihatkan tidak meletakkan kembali buku yang telah diambil ke rak untuk mengelakkan kesilapan susunan bahan perpustakaan dan menyebabkan bahan sukar dikesan oleh pengguna lain.
KOMPUTER
Terdapat 3 buah komputer disediakan kepada pengguna untuk kegunaan pelajar yang tiada kemudahan komputer.