Menyediakan koleksi yang berkualiti dan mantap serta kemudahan dan perkhidmatan yang berkesan seiring dengan perkembangan kolej
Mengurus dan menyediakan bahan maklumat serta kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan perundingan bagi pembangunan kolej
Mewujudkan pentadbiran dan pengurusan perpustakaan yang berkualiti.
Menyediakan perkhidmatan mengakses maklumat yang lengkap, tersusun dan terkini dalam persekitaran yang kondusif.
Memupuk budaya ilmu dikalangan masyarakat kolej sebagai masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.
Mewujudkan sumber tenaga masyarakat kolej yang cemerlang dalam setiap bidang ilmu.
Untuk meyampaikan perkhidmatan mesra pengguna kepada pengguna perpustakaan.
Sirkulasi proses disiapkan dalam masa 1 minit.
Bahan baru perpustakaan didepositkan dalam masa dua minggu dari tarikh penerimaan.
Memastikan pendaftaran keahlian pengguna baru yang menggunakan borang dibuat dalam tempoh 3 minit bagi setiap pengguna selepas penerimaan borang.