MOHD FIRDAUS BIN NORDIN
(L20222014387)
MOHD KHAIRUL ANWAR BIN ISMAIL
(L20222014336)
MOHD IZZUARIZUL BIN NAZARUDDIN
(L20222014335)
MUHD IZZAT HAKIMI BIN ABD RAHIM
(L20222014306)
PENGENALAN
Pendidikan adalah ciri masyarakat maju. Penggunaan media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, praktikal dan menyeronokkan adalah komponen penting dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi.Selaras dengan persekitaran pembelajaran abad ke-21 (PAK 21), penekankan bahawa pembelajaran harus dilaksanakan dengan menggunakan semua deria yang ada.
Guru mesti menjadi inovatif apabila mereka membuat kit pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid dalam sesi pembelajaran. Media pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk mencapai matlamat pembelajaran.
7.2 KONSEP & PENGERTIAN MEDIA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Media pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai segala-galanya yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dan berfungsi untuk menggalakkan pikiran, perasaan, perhatian, dan keinginan pelajar untuk mempelajari sesuatu, dengan matlamat untuk mendorong proses pembelajaran. Pengalaman belajar menjadi lebih konkrit dengan penggunaan bentuk media pembelajaran. Media pengajaran juga digunakan untuk menyampaikan pesanan dari pengirim kepada penerima, meningkatkan fikiran, perasaan, perhatian dan minat murid, menyebabkan proses pembelajaran yang bermakna.
Beberapa bahagian terdiri daripada media pengajaran: media, media pengajaran, bahan bantu pengajaran, teknologi pengajaran dan teknologi instruksi.
Audio-Visual Kawalan Guru
Bersifat media gabungan yang paling banyak dan lengkap dan membolehkan pelajar-pelajar menerima maklumat dengan efektif dan sistematik. Seperti contoh:
Gambar dan Perkataan
Youtube
VCD
Lagu
Alatan Komunikasi
Alat digunakan sebagai bahan untuk menyampaikan pengajaran dengan sistematik bagi tujuan ulangkaji dan PDPR seperti:
Televisyen : Didik TV, Astro Tutor TV, dan sebagainya.
Komputer : Memudahkan guru menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk teks grafik, audio, visual, slide pembentangan dan juga membantu murid dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan teknologi, seperti E-learning dan Frog VLE.
Telefeon Pintar : Pengajaran dan Pembelajaran secara online melalui aplikasi Telegram, Google Meet, Facebook, dan What Apps.
Integrasi Sistem Pembelajaran
Penggunaan ICT merupakan asas dalam perlaksanaan secara meluas dalam pendidikan di Malaysia.
Sebagai alat pemudah komunikasi yang membolehkan guru dan murid yang berbeza lokasi untuk menghantar dan berkongsi maklumat. Pembelajaran secara Koperatif dan Kolaboratif mendorong penglibatan secara aktif.
Teks
Grafik
Audio
Video
Sumber Pembelajaran
Buku teks menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran utama dalam pendidikan. Guru perlu bijak menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi kandungan buku teks.
Nota yang diperoleh di dalam buku teks boleh disampaikan dalam bentuk video, grafik, dan slide pembentangan.
Bahan rujukan lain juga boleh didapati daripada jurnal, artikel, dan buku ilmiah.
Guru perlu memastikan rujukan internet diambil mengandungi isu kandungan yang tepat sebelum berkongsi dengan pelajar.