Selamat datang ke website kumpulan kami yang terdiri daripada 3 orang ahli iaitu saudara Haiy, Faiz dan Syifa. Secara asasnya website ini kami bangunkan bagi melaksanakan tugasan kumpulan bertajuk Asas Falsafah Dalam Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Semoga penerangan ringkas ini bermanfaat untuk semua.
APA ITU FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN?
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (KPM 1996)