TEGAS , ADIL DAN BERHEMAH
Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah bagi memupuk kesedaran sivik dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat dalam memelihara undang-undang dan menjaga ketenteraman awam. Dengan penubuhan Pasukan Kadet Polis ini, mereka juga membantu untuk mengeratkan hubungan harmoni di antara Polis dan masyarakat serta kesejahteraan negara.
Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi:
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
Bulan bintang - Islam sebagai agama rasmi
Kalimah Allah - Unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan agama Islam
Harimau - Keberanian dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh
Bunga padi - Makanan asasi serta kemakmuran negara
Keris - Semenanjung Malaysia. Parang Elang atau Kelewang ialah negeri Sabah & Sarawak
Mahkota - Pasukan Polis DiRaja Malaysia sentiasa mengungjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong di atas pengurniaan gelaran "DiRaja" kepada Pasukan.
VISI
Agensi Penguatkuasa Utama yang Komited, Kompeten dan Berintegriti Untuk Bekerja Menjaga Keamanan Masyarakat
MISI
Pasukan yang sentiasa Komited Untuk Berkhidmat dan Melindungi Negara Dan Bekerjasama dengan Masyarakat Dengan Mengekalkan Undang-Undang dan Ketenteraman Awam
OBJEKTIF
Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam.
Mendidik insan agar mantap dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek.
Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan bantuan mahupun sokongan.
MATLAMAT
Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, rohani dan jasmani murid-murid.
Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya murid-murid boleh mengisi masa lapang mereka dengan gerak kerja yang ber