Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
KOPSA sebelum ini dikenali sebagai Koperasi Politeknik Shah Alam Berhad telah didaftarkan pada 30Julai 1997 dibawah Akta Koperasi 1993 sebagai sebuah koperasi dengan liabiliti terhad.
Visi
KOPSA sebagai peneraju kecemerlangan ekonomi dan pemaju modal insan menjelang 2023
Misi
Beriltizam menjadi koperasi politeknik terbaik yang mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan bagi kebajikan anggota secara berhemah
Wawasan Korporat
Menjadi sebuah entiti bisnes yang menjana keuntungan bagi memberi manfaat dan faedah kepada anggotanya
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK KOPSA BERHAD 2020 - 2024
Buku pelan ini telah dilancarkan oleh Tuan Pengarah PSA, Dr Hj Mohd Zahari bin Ismail pada sebagai 'Blue print' yang menjadi asas rujukan utama Ahli Lembaga KOPSA bagi menentukan hala tuju KOPSA untuk tempoh masa akan datang. Majlis pelancaran turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Ahli Lembaga KOPSA Berhad
PERKHIDMATAN
KOPSA Mart
Pusat Penerimaan Kiriman Pos
Vending Machine
Dobi Layan Diri
Lokasi
Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah