TAJUK

  • Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-20


TARIKH / TEMPAT


  • 11 hingga 15 September 2022

  • Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


KUMPULAN SASARAN

  • Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Bermasalah Pembelajaran (BP), Ketidakupayaan Penglihatan (BL) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD) dari sekolah rendah dan menengah Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Inklusif dan Sekolah Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TUJUAN

  • Menyediakan peluang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mengembangkan bakat dan potensi dalam sukan olahraga

  • Mengimbangi peluang pendidikan menerusi aspek keutuhan mental dan fizikal serta menjana kekuatan sedia ada MBPK

  • Mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam kalangan MBPK

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebolehan dan kemampuan MBPK dalam bidang sukan

  • Mewujudkan kerjasama dan kolaborasi pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan Pendidikan Khas