KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM
KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM
KOLEJ KOMUNITI AMPANG
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT CAW. SEPANG
KOLEJ KOMUNITI SELAYANG
KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT
KOLEJ KOMUNITI HULU SELANGOR
KOLEJ KOMUNITI TANJONG KARANG
KOLEJ KOMUNITI KLANG
Anugerah Ketua Pengarah (AKP) dinobatkan kepada Amierah Ad-Darayaaani binti Abdul Rahman, graduan Sijil Rekabentuk Dalaman, Kolej Komuniti Shah Alam. Amierah turut menerima Anugerah Pelajar Cemerlang dengan pencapaian HPNM 4.00, selain aktif dalam kepimpinan mahasiswa sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di kolej dan peringkat negeri. Amierah juga mengharumkan nama POLYCC di peringkat kebangsaan menerusi Tilawah Al-Quran POLYCC 2023 serta menerima pengiktirafan antarabangsa sebagai Awardee of Most Popular Design dan Best Retail Design dalam pertandingan YIIDEC 2024.
Anugerah Usahawan Kolej Komuniti (AUKK) dianugerahkan kepada Noor Azree Aiman bin Noor Azrin, graduan Diploma in Mobile Technology dari Kolej Komuniti Ampang.
Beliau kini merupakan Ketua Eksekutif ASZR Legacy, dan telah mengusahakan syarikat sendiri dengan pendapatan lima angka seawal usia muda. Beliau juga telah membuka dua cawangan perniagaan dan menjadi penceramah jemputan dalam bidang e-dagang di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Sebagai tanda sokongan kepada pembangunan pendidikan POLYCC, beliau turut menyumbang RM1,000 kepada Pertubuhan Muafakat POLYCC semasa majlis konvokesyen ini. 'Opening minds creating the future'
Saudara Haris Ikhwan bin Ahmed Farikh merupakan Graduan Kolej Komuniti Kuala Langat bagi jurusan Sijil Reka bentuk dan Pembuatan Perabot merupakan penerima Anugerah Khas Kepimpinan sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Selangor 2025
Beliau yang merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik pernah menjawat jawatan sebagai Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi Kolej Komuniti Kuala Langat dan terlibat dengan pelbagai aktiviti kepimpinan di peringkat kolej mahupun peringkat Kebangsaan. Penganugerahan ini juga dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada pelajar yang aktif aktiviti ko-kurikulum di kolej.
Anugerah Usahawan Muda milik Graduan KKSY sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Selangor 2025. Saudari Nur Aleeya Natasha binti Nasarudin merupakan Graduan Kolej Komuniti Selayang bagi jurusan Sijil Pastri merupakan penerima Anugerah Khas Usahawan Muda sempena Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Negeri Selangor 2025.
Beliau yang merupakan anak sulung dari empat adik beradik. Pemilik syarikat Sweetie Sugar Sdn. Bhd. dengan pendapatan 5 angka. Ketika pengajian, pernah memenangi pingat perak dalam Pertandingan Selangor International Culinary Festival pada tahun 2023 dan memenangi pingat gangsa dalam Pertandingan Battle of the Chef pada tahun 2024. Penganugerahan ini juga dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada pelajar yang aktif aktiviti ko-kurikulum di kolej menjadi job creator dalam bidang.