To Build Malaysian Family, Towards Sustainable Development Goals
Membina Keluarga Malaysia, Menuju Matlamat Pembangunan Mampan
To Build Malaysian Family, Towards Sustainable Development Goals
Membina Keluarga Malaysia, Menuju Matlamat Pembangunan Mampan
Civilization is a manifestation of the brilliant cultural progress of a nation. The more excellence and progress is built, the higher the civilization of the nation. To develop a civilization, the spiritual aspect cannot be sidelined because the inner aspect will shape the view of the universe of the nation that built that civilization. Thus, Malaysia as a Muslim country, of course, makes Islam the main thrust as a guide and driver of progress.
In building the civilization of the beloved country, the academics are also always concerned and always together with the government squeezing the thinking to achieve the objectives and strategic planning of the government. The current issues of the country are given full attention and together find solutions through various approaches.
Thus, the Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis Branch in collaboration with Tun Tan Cheng Lock, Centre for Social and Policies Studies, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Social Augmented Research Initiative Group (SARIG), joined efforts and energy to make the Science, Ethics and Civilization Conference (KonSEP 2022) a success themed Building Malaysian Families, Towards Sustainable Development Goals.
Peradaban adalah manifestasi dari kemajuan budaya cemerlang sesuatu bangsa. Semakin banyak kecemerlangan dan kemajuan dibina, semakin tinggi peradaban bangsa tersebut. Untuk membangunkan peradaban, aspek spiritual tidak boleh dipinggirkan kerana aspek dalaman akan mencorakkan pandangan semesta bangsa yang membina peradaban tersebut. Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam, sudah tentu menjadikan Islam sebagai teras utama sebagai panduan dan penggerak kemajuan.
Dalam membina peradaban negara tercinta, para akademik juga sentiasa prihatin dan sentiasa bersama-sama kerajaan memerah pemikiran untuk mencapai objektif dan perancangan strategik kerajaan. Isu-isu semasa negara di beri perhatian sepenuhnya dan bersama-sama mencari solusi melalui pelbagai pendekatan.
Justeru, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Univeristi Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama Tun Tan Cheng Lock, Centre for Social and Policies Studies, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Social Augmented Research Inisiatif Group (SARIG), berganding tenaga dan usaha menjayakan Konferensi Sains, Etika dan Peradaban (KonSEP 2022) bertemakan Membina Keluarga Malaysia, Menuju Matlamat Pembangunan Mampan.