Mengenai Kami KOMSEL Education merupakan sebuah inisiatif pembangunan modal insan yang ditubuhkan khusus untuk merapatkan jurang antara kecemerlangan akademik dan persediaan kerjaya. Kami percaya bahawa pendidikan adalah hak setiap individu, dan bimbingan yang betul adalah kunci kepada kejayaan masa depan.
Walaupun bergerak secara fokus dalam sektor pendidikan, kami memegang teguh prinsip kecemerlangan dan integriti bagi memastikan setiap pelajar di bawah naungan kami mendapat peluang yang adil untuk berjaya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Swasta (IPTS).
Teras Perkhidmatan Kami
Pengurusan Bantuan Dana: Memudahcara akses kepada pembiayaan dan bantuan kewangan pendidikan bagi meringankan beban pengajian.
Pembangunan Saksiah & Akademik: Memberikan khidmat nasihat dan pemantauan prestasi sepanjang tempoh pengajian.
Strategi Kerjaya & Penempatan: Menyediakan platform persediaan alam pekerjaan dan menghubungkan graduan dengan rangkaian majikan yang luas.