SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2
KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN 2
Kerajaan sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti disampaikan kepada rakyat. Seiring dengan itu, penyediaan prasarana dalam bentuk fizikal ialah salah satu keutamaan dalam agenda pembangunan negara. Pembinaan Kolej Vokasional yang sedang menunggu kelulusan pendaftaran kod institusi sebagai Kolej Vokasional Sandakan 2 ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan akses pendidikan dan latihan teknikal vokasional iaitu TVET KPM dapat ditawarkan kepada masyarakat khususnya bagi daerah Sandakan.
Titik mula cadangan projek ini adalah bermula pada 1 Mac 2014 yang lepas, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia telah membuat lawatan ke Kolej Vokasional Sandakan. Semasa lawatan tersebut, YAB Datuk Seri Panglima Hj. Musa bin Hj. Aman, mantan Ketua Negeri Sabah telah menawarkan 60 ekar tanah di Hab Pendidikan, Batu 10 Sandakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pembinaan Kolej Vokasional Sandakan yang baharu. YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah menerima tawaran tersebut dan mengumumkan sebanyak RM60 juta akan diperuntukkan bagi pembinaan projek. Hasil lawatan dan pertemuan tersebut, maka terbina sebuah Kolej Vokasional Sandakan yang baharu dan telah diperaku siap pada 13 Januari 2023.
Pembinaan Kolej Vokasional Sandakan ini merupakan pembangunan yang lengkap dengan kemudahan - kemudahan dan infrastruktur untuk memenuhi aspirasi dan objektif pendidikan dan latihan teknikal vokasional khususnya di daerah Sandakan. Antara kemudahan yang dibina adalah seperti bilik kuliah, dewan kuliah, makmal komputer dan blok - blok akademik yang lain untuk kegunaan pembelajaran. Termasuk juga adalah penyediaan pelbagai infrastruktur untuk kegunaan pentadbiran, asrama pelajar dan kakitangan, bengkel- bengkel pembelajaran seperti bengkel pelancongan & kosmetologi, bengkel bakeri dan pastri , bengkel kulinari, pusat aktivitipelajar, dewan serbaguna serta lain-lain kemudahan. Adalah diharapkan bangunan yang gah tersergam ini akan menjadi pencetus semangat dan sumber motivasi kepada seluruh warga KV Sandakan 2 untuk terus giat cemerlang melahirkan para pelatih berkemahiran tinggi yang mampu menjana pembangunan diri, bangsa dannegara.
Pembinaan kolej vokasional ini bermula pada 22 November 2019 dan sepatutnya siap pada 22 Mei 2022. Namun, disebabkan oleh beberapa kekangan, projek ini diberi tempoh lanjutan sebanyak tiga kali. Antara kekangan yang menyebabkan projek ini diberi perlanjutan masa adalah disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 bermula Mac 2020 yang menyebabkan pemberhentian kerja- kerja di tapak untuk beberapa tempoh tertentu. Namun begitu, setelah negara kita telah beralih ke fasa endemik pada April 2022, kelonggaran daripada segi aktiviti dan pergerakan telah mulai merancakkan semula kerja - kerja pembinaan seperti keadaan sedia kala. Disebabkan penularan wabak Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan , pembinaan kolej diberi perlanjutan masa sehingga tarikh siap yang baharu iaitu pada 1 Februari 2023.
Kolej Vokasional Sandakan 2 mempunyai keluasan tapak keseluruhann seluas 70.6 ekar. Sembilan perpuluhan lima ekar 9.5 ekar daripada keluasan tersebut merupakan keluasan Kolej Vokasional Sandakan 2 yang telah dibangunkan. Terdapat 7 blok bangunan yang terdiri daripada blok utama (4 aras), dewan makan dan surau (2 aras), bangunan asrama lelaki (2 aras) dan asrama perempuan (4 aras), rumah pengarah (2 tingkat), rumah ketua warden (2 tingkat) dan 4 unit rumah kakitangan (2 tingkat). Fasiliti sukan pula terdiri daripada sebuah dewan serbaguna yang memuatkan 3 gelanggang badminton, serta gelanggang dan padang permainan yang boleh digunakan untuk sukan bola jaring dan futsal.
Kolej Vokasional Sandakan 2 ini merupakan Kolej Vokasional pertama yang dibina mengikut kepada spesifikasi infrastruktur sebuah institusi yang menawarkan program sijil dan diploma. Kolej Vokasional ini juga merupakan Kolej Vokasional kesembilan (9) di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan serta menjadikan jumlah keseluruhan Kolej Vokasional di Malaysia adalah sebanyak 87 buah.
VISI KOLEJ
Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul
MISI KOLEJ
Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti.
BRAND BUSINESS
Your Astounding Career is Our Business
BRAND VISION
Engineered For Competence
Menjana Kecekapan
BRAND BUSINESS
Your Astounding Career is Our Business
Kerjaya Anda Yang Mengagumkan Adalah Urusan Kami
BRAND VALUES
Competent
Professional
Dedicated
Quality
Integrity
OBJEKTIF KOLEJ
Melahirkan graduan yang berdisiplin, seimbang, kebolehpasaran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif dan taat kepada Tuhan dengan;
Melengkapkan prasarana berteknologi dan memenuhi keperluan pasaran.
Mempunyai tenaga pengajar yang kompeten, berintegriti, celik teknologi dan dinamik.
Mempunyai pengurusan yang sistematik, dan,
Mewujudkan hubungan kerjasama yang erat dengan komuniti, agensi dan industri.
PIAGAM PELANGGAN
Peripentingnya pelajar kepada negara dan merupakan aset yang utama dalam membangunkan negara, wajarlah potensi mereka dikembangkan secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, maka;
Bahawasanya kami, staf Kolej Vokasional Sandakan 2 dengan ini berikrar mendukung terus cita-cita terhadap tugas-tugas kami:
Mewujudkan sistem pengajaran dan pembelajaran bermutu bagi melahirkan generasi yang berpendidikan.
Mementingkan budaya kerja yang sistematik, bertanggungjawab, berpandangan jauh bagi menyahut seruan negara.
Mengutamakan kecermerlangan akademik, kemahiran agama dan moral.
Membentuk insan yang bersemangat kental, berdaya saing, tekun melalui aktiviti kokurikulum yang terancang.
Memupuk hubungan yang harmoni sesama pelajar, staf, ibu bapa serta masyarakat sekitar.
Menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila dalam setiap aspek hubungan.
Mencintai suasana persekitaran yang indah, bersih dan nyaman serta damai.
BUDAYA KOLEJ
Ucapan Selamat Datang kepada staf baru dalam perhimpunan rasmi.
Taklimat Pengurusan & Pentadbiran oleh Pengarah kepada staf baru.
Melafazkan Aku Janji di hadapan Pengarah.
Mengadakan Sambutan Hari Jadi Staf.
Taklimat Pengarah kepada Ibu bapa semasa Hari Pendaftaran.
Amalan EKSA.
Gotong-Royong.
Sambutan Kemerdekaan / Perayaan Besar / Potluck
Amalan Khidmat Sosial.
Amalan Meraikan Kecemerlangan / Kejayaan / Penghargaan.
FALSAFAH DAN NILAI : PRIME
P – PERFORMANCE
Mempertingkatkan pencapaian dan prestasi pelajar PTV dalam bidang kurikulum dan kokurikulum ke tahap yang lebih seimbang dan cemerlang.
R – RESPECTABILITY
Melahirkan pelajar PTV yang aktif dan berpandangan positif terhadap pendidikan am dan PTV supaya seluruh masyarakat dan institusi PTV diberi pengiktirafan sewajarnya.
I – IMAGE
Meninggikan imej dan usaha institusi PTV di mata masyarakat dengan mendidik pelajar berdisiplin, berakhlak mulia dan berhemah tinggi berlandaskan kepercayaan dan ketaatan kepada Maha Pencipta.
M – MANPOWER
Membantu melahirkan tenaga kerja yang mahir, boleh berdikari serta mempunyai etika dan sikap kerja yang baik bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai Wawasan 2020.
E – EXPECTATION
Memenuhi aspirasi dan hasrat masyarakat, bangsa dan negara ke arah melahirkan generasi insan yang produktif dan bersatu padu.