Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pencemaran dalam pelbagai bentuk terhadap pembangunan dunia moden hari ini semakin serius dan memberi kesan ketara terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, dan ekonomi global. Pemanasan global, pencemaran udara, kehilangan biodiversiti dan pencemaran air antara pencemaran yang terus meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk mengurangkan pencemaran demi masa depan dengan menjaga keseimbangan alam serta sumber semula jadi.
Meningkatkan dan memulihkan kesan pencemaran terhadap rumah hijau memerlukan pendekatan holistik yang melibatkan tindakan pencegahan, pemulihan, dan pembangunan mampan. Kolej Komuniti Seberang Jaya, tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengambil inisitif sejajar dengan usaha Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sebagai salah satu institusi peneraju Technical and Vocational Education and Training (TVET) negara. Sebagai salah satu institusi yang memainkan peranan penting dalam Technical and Vocational Education and Training (TVET), sangat perlu untuk berusaha merialisasikan dan mempraktikkan inisiatif hijau sejajar dengan keperluan global. Pelaksanaan inisiatif hijau ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar tetapi juga melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang lebih peka terhadap kepentingan kelestarian.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Kolej Komuniti Seberang Jaya kerana komited dalam menterjemahkan inisiatif ini kepada amalan praktikal yang boleh dilaksanakan dan dinilai keberkesanannya. Inisiatif ini mampu menjadi contoh kepada komuniti setempat, sekali gus memperkukuhkan peranan kolej komuniti sebagai agen perubahan ke arah kelestarian.
“Hijau Hari Ini, Lestari Masa Depan”
Ts.Husaini Aza bin Mohd Adam