Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Johor (KKBT) telah memulakan operasinya pada tahun 2007 di bawah pengurusan Kolej Komuniti Bandar Penawar.
Pada Jun 2009 Waran perjawatan telah mula diisi dan beroperasi sebagai PTJ sendiri bermula tahun 2012 sehingga kini
KKBT hanya beroperasi dengan kapasiti yang amat minimum di premis 3 unit rumah kedai SETINGKAT bersaiz 22’ x 70’ dengan kemudahan infrastruktur yang terhad.
Maklumat Projek Kolej Komuniti Bandar Tenggara
KOS PROJEK
Skop Projek termasuklah Perolehan Bangunan, Pengubahsuaian Bangunan serta perolehan peralatan akademik dan sokongan akademik
Kos Projek : RM 15 juta
PENAWARAN PROGRAM
1) Sijil Kulinari (Program sepenuh masa)
2) Program Pendidikan Sepanjang Hayat (kursus pendek)
Kapasiti & Keluasan Bangunan
Keluasan bangunan yang diperlukan ialah 3,184.35 mp (dengan sikulasi) bagi kapasiti 180 pelajar.