Pembayaran yuran hendaklah dibuat sebelum pendaftaran secara dalam talian melalui kaedah berikut:
I. Membayar yuran di mana-mana kaunter cawangan BSN dengan menyertakan bersama-sama surat tawaran;
II. Bayaran secara dalam talian melalui perkhidmatan myBSN (modul payments);
III. Bayaran melalui kaedah Interbank GIRO (IBG) SAHAJA (Bukan melalui Instant Transfer/ DuitNow)
ke nombor akaun Kolej Matrikulasi Perak.
Nota:
- Bagi kaedah bayaran I dan II saudara/ saudari akan dikenakan caj perkhidmatan oleh BSN sebanyak RM0.60.
- Kadar yuran MUET tidak termasuk di dalam yuran pendaftaran iaitu sebanyak RM150.00. Ianya juga tertakluk kepada perubahan
yang ditetapkan oleh MPM dan pelajar dibenarkan membuat bayaran selepas menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BHSP) kali pertama.
- Bagi Pelajar SES Ambilan Sesi 2026/2028, bayaran yuran bagi tahu pertama sahaja perlu dibuat sebelum pendaftaran.
Pembayaran yuran hendaklah dibuat sebaik-baiknya sebelum 6 Jun 2026.
Pembayaran yuran dibuat atas nama :
PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERAK
NOMBOR AKAUN 0810029000287661