KURSUS PENDEK / PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
Ambilan PERTAMA akan dibuka pada JULAI 2025. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa.
KURSUS PENDEK / PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah konsep yang mementingkan pembelajaran berterusan bagi individu sepanjang hayat mereka. Kolej Komuniti, yang terletak di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, memainkan peranan penting dalam mempromosikan PSH di Malaysia. Dengan menawarkan pelbagai kursus pendek, modul latihan, dan program komuniti, Kolej Komuniti menjadi platform untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan individu dari semua lapisan masyarakat.
Meningkatkan Kemahiran Individu
Membolehkan peserta meningkatkan kemahiran sedia ada atau mempelajari kemahiran baharu untuk keperluan pekerjaan atau hobi.
Menyokong Komuniti Tempatan
Memberikan peluang pembelajaran yang relevan dengan keperluan komuniti setempat, seperti kemahiran keusahawanan, teknologi digital, dan inovasi.
Menyediakan Akses Pembelajaran yang Mudah dan Murah
Menawarkan kursus dengan kos rendah bagi memastikan pembelajaran boleh dicapai oleh semua golongan masyarakat, termasuk golongan B40.
Kursus-kursus pendek dibawah program PSH akan diiklankan oleh Kolej Komuniti Papar dari masa ke masa menerusi laman ini dan laman rasmi Facebook KKPPS.
Unit Promosi dan Pengambilan
Kolej Komuniti Papar
Kemaskini Jun 2025