Pemantapan aktiviti kokurikulum mahupun akademik melalui ekstra-kokurikulum merupakan satu wadah sistem pendidikan di negara ini yang mampu menyumbang kepada pembentukan generasi muda yang bukan sahaja berkemampuan dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang bukan akademik.
Kesatria telah ditubuhkan sejak 1976 merupakan Unit Badan Berunifom yang menjadi tulang belakang kejayaan UiTM dalam melaksanakan program-program rasmi/keraian dan pembentukan sahsiah pelajar di mana sehingga kini menjadi rujukan dalam dan luar UiTM. Kecemerlangan disiplin dan kepimpinan membuatkan para Komander Kesatria telah diambil berkhidmat dalam pelbagai sektor kerajaan, swasta serta agensi korporat.
Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) ialah sebuah Persatuan Pelajar berteraskan badan beruniform yang ditubuhkan di setiap kampus UiTM Se-Malaysia. Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM juga sinonim sebagai tulang belakang UiTM secara amnya dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) secara khususnya. Golongan pelajar ini telah dilatih dan didedahkan dengan ilmu berkaitan ala ketenteraan dan sedia berkhidmat kepada UiTM sepanjang pengajian mereka. Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk melahirkan para mahasiswa yang mempunyai jati diri yang kukuh, daya ketahanan diri dan disiplin yang tinggi serta seimbang dari segi pencapaiaan akademik mahupun kokurikulum. Ini selari dengan hasrat pihak Universiti Awam dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk mencapai hasrat ini para pelajar perlu diberi pendidikan, pendedahan dan pengetahuan bagi menyedarkan mereka dan menerapkan kemahiran generik atau dikenali sebagai “soft skill” seperti kerja berpasukan, komunikasi berkesan, kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kritis dan moral serta etika.