Matlamat Kelab & Persatuan
1. Melahirkan masyarakat pelajar yang berdisiplin, berintergriti, bersatu padu dan hormat-menghormati bagi meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah serta negara.
2. Mencungkil bakat pelajar-pelajar dari pelbagai aspek.
3. Memberi bimbingan yang berterusan kepada pelajar-pelajar dengan pelbagai input ke arah pelbagai konsep kendiri dan pembentukan sahsiah yang unggul.
4. Menawarkan saluran rekreasi yang sihat kepada semua pelajar serta meyediakan peluang dan ruang untuk pelajar bergerak secara aktif dalam ruang lingkup yang manasabah dan terkawal.
5. Mewujudkan suasana sekolah yang menarik dan menyeronokkan kepada semua warga sekolah.