AKTIVITI PERNIAGAAN

BIDANG PERNIAGAAN YANG TELAH DAFTARKAN DI SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM)

Aktiviti yang terkandung dalam Undang-undang Kecil (UUK) seperti :


  1. Menjalankan aktiviti berikut:

(a) memberi kemudahan pinjaman kepada anggota bagi maksud yang berfaedah;

(b) menjalankan aktiviti pembersihan kawasan hutan, membekalkan anak-anak benih dan pelbagai kerja-kerja hutan, menyewaan kemudahan rekreasi seperti chalet, tapak-tapak khemah dan sebagainya;

(c) menjalankan aktiviti ladang hutan;

(d) menjalankan kerja-kerja kontrak dan perbekalan;

(e) menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan;

(f) menjalankan aktiviti berkaitan konsultansi dan kem movitasi;

2. menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;

3. membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

4. melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

5. mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; dan

6. menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.


BIDANG PERNIAGAAN YANG TELAH DAFTARKAN DI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM)