Selamat datang ke Unit Fizik, Jabatan Sains Kolej Matrikulasi Labuan yang merupakan sebuah unit akademik yang mula ditubuhkan di kolej ini pada tahun 1999 bertujuan memacu kecemerlangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi selaras hasrat murni bagi melahirkan sumber manusia, kepakaran dan ahli profesional dalam pelbagai bidang.
Unit Fizik KML bertekad untuk menjadi satu wadah penyebaran ilmu fizik bagi melahirkan pendidikan tinggi yang berkualiti kepada para pelajar pra-universiti seterusnya mencetus minat pelajar untuk terus meneroka ilmu yang menjadi teras ilmu sains dan teknologi. Unit Fizik KML telah menetapkan standard kualiti ilmiah yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta setiap aktiviti yang dijalankan agar terus relevan dan berdaya saing seiring dengan perkembangan ilmu dan sosial para pelajar serta pihak berkepentingan yang lain.
Akhir kata, saya ingin berkongsi dengan anda bahawa Unit Fizik KML berbangga mempunyai warga kerja dan pelajar yang sentiasa positif dan berdaya saing seterusnya menggalakkan keharmonian budaya serta kecintaan kepada ilmu dan pengetahuan. Kerjasama erat seluruh warga yang terlibat diharap mampu memacu kecemerlangan akademik, akhlak dan sahisah setiap pelajar demi kelangsungan negara bangsa yang akan diwariskan kepada generasi akan datang.