"Perkhidmatan Pendidikan untuk Program Matrikulasi"
Pendaftaran pelajar baharu dapat dilaksanakan dalam tempoh satu hari.
Pensyarah dapat menyelesaikan 100% Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di akhir semester.
Memastikan markah Penilaian Berterusan (PB) dihantar seminggu sebelum peperiksaan setiap semester.
Memastikan 100% proses persediaan pusat peperiksaan mematuhi prosedur semasa dari Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM).
Semua staf mengikuti latihan mengikut pekeliling semasa.
Pensyarah akan dinilai oleh pelajar sekali setiap semester.
Semua aduan pelanggan akan disampaikan kepada Unit Bertanggungjawab (UB) dalam tempoh 5 hari bekerja. Unit Bertanggungjawab (UB) akan mengambil tindakan dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.
Memastikan kepuasan pelanggan mencapai sekurang-kurangnya 78% tahap yang memuaskan.