INFORMASI TERKINI
INFORMASI TERKINI
PSA SEPINTAS LALU
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam merupakan politeknik ke-8 di Malaysia.
Mula beroperasi sejak tahun 1997 dan pada tahun 2002, PSA menukar nama dari Politeknik Shah Alam kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Terdapat 6 jabatan akademik yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Sains Matematik & Komputer dan Jabatan Pengajian Am
Program pengajian yang ditawarkan terdiri daripada program 2 program ijazah, 12 program diploma dan 2 program sijil
VISI & MISI
MAKLUMAT PROGRAM KMK
Program Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal ini bertujuan menyediakan program latihan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal untuk pelajar berkeperluan khas (masalahpendengaran) selaras dengan Perakuan 169 di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet.
Program ini dilaksanakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula pada sesi Jun 2000.
Ia memberi peluang kepada pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi mengisi pasaran kerja yang ada di industri.
#KMKita in Action
Pensyarah #KMKita
#KMKita Story