Janji temu dengan doktor gigi untuk membincangkan pelan rawatan bagi keperluan kesihatan mulut anda.
Pembersihan gigi untuk mengeluarkan plak dan karang gigi ( kalkulus ) melekat pada gigi untuk mengelakkan gusi bengkak atau berdarah dan gigi sentiasa sihat.
Tampalan gigi dilakukan untuk gigi yang berlubang supaya gigi kembali kepada bentuk dan fungsi asal.
Prosedur di mana satu atau beberapa gigi yang perlu dicabut oleh doktor gigi kerana sudah terlalu goyang atau sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Prosedur pembedahan untuk mengeluarkan satu atau lebih gigi - biasanya melibatkan gigi geraham bongsu atau gigi lain yang terimpak.
Juga dikenali sebagai rawatan saluran akar untuk kanak-kanak, digunakan untuk menyelamatkan dan membaiki gigi yang dijangkiti atau rosak.
Juga dikenali sebagai rawatan saluran akar untuk kanak-kanak, digunakan untuk menyelamatkan dan membaiki gigi yang dijangkiti atau rosak.
Radiografi/x-ray digunakan untuk mendiagnosis gigi atau tulang rahang untuk mengesan gigi yang tersembunyi,pertumbuhan berbahaya atau tidak berbahaya, kehilangan tulang, kaviti dan lain-lain.
Prosedur memutihkan gigi yang paling popular untuk mencerahkan gigi dan membantu menghilangkan noda dan perubahan warna.
Kaedah tradisional untuk menyingkirkan kerosakan atau nanah bagi melegakan sakit dan mempercepat penyembuhan.
Bahan berwarna gigi nipis yang dibuat khas digunakan untuk mencantikkan permukaan gigi bagi meningkatkan penampilan diri.
Prosedur pergigian yang melegakan sakit yang disebabkan oleh gigi yang dijangkiti dan rosak sehingga akar atau ruang pulpa gigi.
Peranti perubatan yang dipasang. pada rahang untuk memulihkan keupayaan seseorang untuk mengunyah atau perbaiki penampilan mereka.
Denture ialah gigi palsu yang diperbuat daripada bahan tertentu untuk menggantikan gigi yang hilang.
Cara untuk meluruskan gigi supaya nampak gigi tersusun rapi dan meningkatkan fungsi gigitan gigi.
Jahitan dilakukan bertujuan untuk memperbaiki tisu yang rosak selepas pembedahan dan mengawal pendarahan.
Untuk membersihkan bakteria di sekeliling gigi dan mencegah penghancuran tulang dan tisu.
Crown adalah sarung gigi yang dibuat dari bahan tertentu untuk menguatkan, mengembalikan atau membetulkan bentuk gigi. Bridge(jambatan gigi) adalah rawatan prostetik kekal bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang.
Dokumen yang merakam semua maklumat diagnostik, catatan klinikal, rawatan yang diberikan,
Lain-lain rawatan yang melibatkan masalah di dalam mulut seperti ketumbuhan, potong gusi dan sebagainya atas sebab-sebab tertentu yang memerlukan proses rawatan pergigian yang lain.