PUSAT RAWATAN KELUARGA, IBU & ANAK
Klinik Dr Iman kini dibuka di Seksyen 4 Kota Damansara
PUSAT RAWATAN KELUARGA, IBU & ANAK
PROMOSI TERKINI !
OUR SERVICES
PENJAGAAN KEHAMILAN
PAKEJ BUKU PINK LENGKAP
ULTRASOUND SCAN 2D-6D
MINUM AIR GULA/ OGTT
NEBULIZER
INFLUENZA/ DENGUE TEST
MEDICAL CHECKUP
JAUNDICE
ECG
TYPHOID VACCINATION
UMRAH/HAJJ VACCINATION
RADIOLOGY (KOLABORASI DGN THOMSON HOSPITAL)
LADIES WELLNESS
GENTLEMEN WELLNESS
ALLERGY TEST
SARINGAN TALASEMIA
TEAM KAMI
Dr. Halawatul Iman (MBBCh) kini menetap di Sungai Buloh, Selangor.
Selepas tamat SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Melaka (2007-2008) sebelum mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mansoura University, Mesir (program Mansoura-Manchester 2008-2014).
Setelah menamatkan pelajaran di Mesir, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan Siswazah di Hospital Sungai Buloh, dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di hospital yang sama semasa covid 19 melanda negara. Atas minat yang mendalam di dalam bidang perubatan keluarga, beliau meneruskan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kuala Selangor sebelum bertukar ke sektor swasta. Beliau kemudian menceburi bidang sektor klinik swasta bermula di Rangkaian Klinik Sejahtera sebelum akhirnya memutuskan untuk membuka sendiri ; Klinik Dr Iman (sebelum ini Klinik Keluarga Iman).
Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran Perubatan Keluarga (Graduate Certificate of Family Medicine).
Pada awal Julai 2023, Klinik Dr Iman telah ditubuhkan di Seksyen 4 Kota Damansara, Petaling Jaya di bawah kelolaan beliau sendiri, yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi - 10.00 malam.
Klinik Dr Iman mendapat sambutan menggalakkan, terutamanya dalam hal-hal berkaitan:
Penjagaan ibu mengandung (antenatal care), pemeriksaan kanak-kanak(paediatrics), Pemeriksaan kesihatan (medical check up), Pembedahan kecil (minor surgery) dan banyak lagi perkhidmatan rawatan lain.
Dengan barisan staf yang peramah, suasana klinik yang tenang, dan hiasan dalaman yang cantik, diharapkan Klinik Dr Iman mendapat tempat di hati penduduk sekitar Petaling Jaya khususnya dan seluruh Malaysia.
Staff klinik terdiri dari jururawat dan pembantu klinik yang sangat peramah dan berbudi bahasa.
Di Klinik Dr Iman, kami mengutamakan kesihatan dan kepuasan pelanggan dari segala aspek, termasuk waktu menunggu, ubat-ubatan yang diberikan, fasiliti terbaik, harga berpatutan serta perkhidmatan khidmat pelanggan yang terbaik.
Kami memastikan pesakit dapat dirawat dengan cara rawatan terbaik dan mengharapkan pesakit akan segera sembuh seterusnya dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa dan lebih produktif.
KEMUDAHAN KLINIK
KEMPEN BULANAN
KLINIK MEMPUNYAI LEBIH DARI 20 PANEL :
KLINIK DR IMAN KOTA DAMANSARA
010-8486811
NO 13G JALAN CAMAR 4/5A KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA SELANGOR.
©2023 Iman Medigroup Sdn Bhd (1502422-M). All rights reserved.
©2023 Iman Medigroup Sdn Bhd (1502422-M). All rights reserved.