Akademik@KKSP

Kolej Komuniti Sungai Petani

Kolej Komuniti Sungai Petani (KKSP) merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah Jabatan Pendidikan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) naungan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mengkhusus kepada Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical & Vocational Education Training, TVET). KKSP ditubuhkan pada tahun 2002 dengan tujuan untuk memberi pendikan & latihan berbentuk TVET khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan warga komuniti melalui pelbagai program pengajian bernilai tinggi.

Sehingga kini, KKSP menawarkan 6 Program sijil dan diploma sepenuh masa iaitu Program Sijil Kulinari (SKU), Sijil Operasi Perhotelan (SOP), Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR), Sijil Terapi Kecantikan & Spa (STK), Sijil Asas Pastri (KPT) & Diploma Terapi Kecantikan (DTK). Semua program pengajian yang ditawarkan KKSP telah diakreditasi dan diiktiraf oleh badan bertauliah pendidikan tinggi iaitu MQA (Malaysia Qualification Agency) kecuali Sijil Asas Pastri (KPT) oleh KPT.

Di samping itu KKSP juga menawarkan program – program pensijilan professional/kompetensi melalui pelbagai Badan Professional atau Badan Bertauliah daalm dan luar negara. Antara program tersebut ialah Program Diploma & Sijil daripada City & Guilds (C&G), Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pastri dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) & Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk warga komuniti (setempat & luar daerah), agensi, NGO dan orang perseorangan, KKSP menawarkan pelbagai kursus – kursus pendek bernilai tinggi. Kursus – kursus ini ditawarkan secara mingguan dan melalui program khas secara berasingan atau berpakej. Setiap tahun, lebih daripada 3000 peserta mendapat manfaat daripada penawaran kursus-kursus pendek ini yang telah memberi impak peningkatan pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan kerjaya dan pembangunan diri peserta.

Justeru itu, terbukti KKSP telah Berjaya melaksanakan tugas memberi pendidikan dan latihan berteraskan TVET dengan jayanya kepada belia lepasan SPM dan warga komuniti untuk meningkatkan kemahiran diri yang seterusnya memberi impak positif kepada kerjaya pelajar/peserta demi kemajuan negara.

Pengurusan Akademik

Pengurusan Akademik di KKSP diketuai oleh Pengarah dibantu oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA). TPA pula dibantu oleh Ketua Unit Akademik, Ketua - Ketua Program & Unit Peperiksaan & Penilaian. Kelancaran pengurusan akademik di KKSP juga dibantu oleh Unit - Unit lain di KKSP.

Sehingga kini, KKSP mempunyai 70 orang Pensyarah yang melibatkan 6 Program Pengajian (termasuk Matapelajaran Umum).

Program Pengajian

Kolej Komuniti Sungai Petani  melaksanakan ENAM (6) Program Pengajian yang melibatkan program peringkat Sijil dan Diploma. Pelaksanaan semua program diterangkan didalam Buku Panduan Pelajar (Student Handbook) yang dinamakan JUARA KKSP. Penerangan secara digital juga ditunjukkan didalam VIDEO AKADEMIK mengikut program. 

Untuk kemudahan dan rujukan mudah pelajar, Jadual Waktu Kelas juga disediakan. Ketiga - tiga bahan ini boleh dimuatturun (download) oleh pelajar.

Kalendar Aktiviti Pelajar

Aktiviti Minggu SuaiKenal

(29 Jan 2023 - 04 Feb 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 1

(05 Feb 2023 - 11 Feb 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 2

(12 Feb 2023 - 18 Feb 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 3

(19 Feb 2023 - 25 Feb 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 4

(26 Feb 2023 - 04 Mac 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 5

(05 Mac 2023  - 11 Mac 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 6

(19 Mac 2023 - 25 Mac 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 7

(26 Mac 2023 - 01 Apr 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 8

(02 Apr 2023 - 08 Apr 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 9

(09 Apr 2023 - 15 Apr 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 10

(16 Apr 2023 - 20 Apr 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 11

(30 Apr 2023 - 06 Mei 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 12

(07 Mei 2023 - 13 Mei 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 13

(14 Mei 2023 - 20 Mei 2023)

Aktiviti Minggu Pengajian 14

(21 Mei 2023 - 27 Mei 2023)

Aktiviti Minggu Ulangkaji

(28 Mei 2023 - 03 Jun 2023)

Aktiviti Minggu Peperiksaan Akhir Semester/Pentaksiran

(25 Jun 2023 - 26 Ogos 2023)

Surat / Memo Hebahan

Arkib Surat/Memo Hebahan Pelajar ; SESI II 2021/2022

JPP 2022 ; EXCO Halehwal Luaran.pdf
JPP 2022 ; EXCO Halehwal Dalaman.pdf
JPP 2022 ; EXCO Keusahawanan.pdf
JPP 2022 ; EXCO Sukan & Kebudayaan.pdf

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

2022

JPP 2022 ; JK Tertinggi.pdf
Rear Axle - Nur Amin.mp4
Video PdP Sistem Klac.mp4
Drive Shaft - Syamil.mp4

Bahan Digital PdP

Tiktok SKR.mp4
TikTok SKU 2.mp4
TikTok SKU.mp4
TikTok SKR 3.mp4
TikTok SOP 1.mp4
TikTok SKR 2.mp4

Hasil Karya Kreatif Pensyarah & Pelajar

PERTANDINGAN SOLEKAN FACEART Naib Johan Solekan Face ArtTempat Ketiga Solekan Face ArtTempat Keempat Solekan face Art (Saguhati)Pensyarah pengiring: Syakirah Bt Azmi 
LATIHAN MEDAN PISPA KEDAH PERLIS 2022Dua Pelajar KKSP terpilih mewakili Kolej Komuniti Kedah Perlis ke HIPPA 2022.(NUR ATIQAH BT MOHD ZUKI & NUR IRDINA FARHANA BT ABDUL FATTAH)

Kecemerlangan & Kejayaan

Program Outreach PolyCC Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah 2022

Bahan - Bahan Taklimat

Borang - Borang Berkaitan Akademik

 Borang 1 ; Borang Penangguhan Pengajian

 Borang 2 ; Borang Berhenti Pengajian

Google Form Soalselidik Keberkesanan

Kolej Komuniti Sungai Petani,

No. 77, Lengkok Cempaka 1,

Pusat Bandar Amanjaya

08000, Sg. Petani, Kedah DarulAman


Tel     : 04-4412909   Faks : 04-4412924

email : kkspked@kkspe.edu.my

laman web rasmi 

www.kksungaipetani.mypolycc.edu.my