Pihak Kepentingan

Bawah 40% di Kawasan Luar Bandar

Kumpulan ini kurang atau langsung tidak mempunyai akses kepada maklumat. Ini kerana infrastruktur di kawasan mereka tidak dibangunkan dan kurang maju.

Klasifikasi Isi Rumah

Jadual di sebelah kiri menunjukkan klasifikasi isi rumah yang telah diasingkan kepada 10 kategori berdasarkan 10 persentil pada tahun 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 580,000 isi rumah M40 kini dikategorikan sebagai B40 dan ini, katanya, mewakili kira-kira 20 peratus daripada kumpulan berpendapatan sederhana. Ini disebabkan oleh wabak COVID-19 bermula tahun 2020, membawa kepada angka kemiskinan mutlak di Malaysia meningkat kepada 8.4 peratus pada 2020.

Mengapakah isi rumah dan pendapatan isi rumah mempunyai korelasi dengan akses kepada maklumat?

Tiada Sambungan Internet dan Gentian

Tiada Akses kepada Teknologi Digital

Kurang Menara Sel dan Infrastruktur

Kurang Pendapatan Isi Rumah yang Stabil

Cuba letak diri anda di tempat mereka.

Apakah yang mereka rasa dan fikir?

  1. Mereka sukar untuk mengakses maklumat terutamanya mengenai perkhidmatan awam (cth: cara mendapatkan vaksin).

  2. Mereka berasa terputus hubungan dengan dunia luar kerana mereke mendapat maklumat lambat.

  3. Mereka kurang mendapat akses terhadap bantuan kerajaan.

  4. Kebimbangan utama mereka berkenaan dengan peningkatan kos perumahan mampu milik, pendidikan, penjagaan kesihatan dan lain-lain.

  5. Mereka tidak berasa tergesa-gesa kerana mereka tidak dapat mendapatkan maklumat pada masa sebenar - boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kerana mereka tidak boleh bertindak dengan segera (reaksi tertunda dan mitigasi).

Kebiasaannya mereka dengar dan beritahu apa?

  1. "Kami pun nak belajar macam orang bandar."

  2. "Biasalah nasib kita memang macam ni."

  3. "Macam mana nak maju kalau akses kepada maklumat dengan teknologi pun tak ada?"

  4. "Internet tak ada. Macam mana nak dapat pendidikan berkualiti?"

  5. "Macam mana nak kerja di rumah kalau sambungan Internet pun lambat?"

  6. "Ahli politik menjanjikan bintang dan bulan tapi akhirnya kita tidak dapat apa-apa (seperti janji untuk membina lebih banyak menara sel)."

Apakah yang mereka nampak?

  1. Semuanya mahal untuk mereka.

  2. Orang di kawasan mereka menggunakan media tradisional seperti radio dan televisyen untuk mendapatkan maklumat umum

  3. "Internet adalah segala-galanya dalam hidup saya!"

  4. Orang M40 dan T20 mempunyai akses kepada teknologi dan maklumat secara umum.

  5. Kekurangan menara sel.

Apakah yang mereka perlu buat untuk mendapat akses?

  1. Mesti mendaki bukit untuk mendapatkan sambungan Internet dan panggilan telefon yang lebih baik.

  2. Mesti melancong ke pekan untuk menambah pendapatan/menafkahkan keluarga.

  3. Pergi ke kedai komputer berdekatan atau rumah perhubungan untuk menyelesaikan tugasan atas talian.

Kepinggiran dan Penyisihan

Perjuangan umum utuk mempunyai akses kepada teknologi untuk menerima maklumat.

Kelemahan sosial, kemiskinan atau hutang di peringkat akar umbi.

Ketidaksamaan dalam hal peluang pendidikan berkualiti untuk pelajar B40.

Keinginan dan Keuntungan

Berpindah ke negeri lain untuk mendapatkan peluang yang sama terutamanya dalam penggunaan media dan teknologi.

Inginkan banyak pendedahan untuk perjuangan dan cabaran mereka dalam hal teknologi dan maklumat.