Bangunan tapak Klinik Kesihatan Segambut pada mulanya ialah KKIA Segambut yang terletak di Parlimen Segambut. Pada tahun 2010 ia telah diambil alih oleh pentadbiran JKWPKL&P daripada DBKL.
KKIA Segambut telah ditambah dengan perkhidmatan pesakit luar untuk kes-kes ringan dengan menjenamakannya sebagai Klinik 1Malaysia Segambut dengan perkhidmatan (Maternal and Child Health) MCH. Melalui hasil lawatan KKM, klinik ini telah dinaik taraf kepada klinik kesihatan jenis 6 dan diberi waran peruntukkan khas untuk pembangunan fasiliti dan pembelian aset. Klinik ini mula beroperasi pada 2 Jan 2020.
1) Perkhidmatan Pesakit Luar & Pakar Perubatan Keluarga
a) Perkhidmatan Penyakit Kronik (tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, asma)
b) Perkhidmatan Saringan Kesihatan (Remaja, Dewasa, Warga Emas)
c) Perkhidmatan Kesihatan Sebelum Mengandung
d) Perkhidmatan Diabetik (Kencing manis)
e) Perkhidmatan Saringan HIV tanpa nama dan Saringan HIV Pra Perkahwinan
f) Perkhidmatan perawatan HIV / STD Jangkitan Kelamin / Hepatitis
f) Perkhidmatan Nasihat Dietetik (Pegawai dietitik daripada KK Jinjang)
g) Perkhidmatan Virtual Clinic
h) Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
i) Perkhidmatan Pain Free Clinic
j) Perkhidmatan Klinik Tuberculosis (TB)
2) Perkhidmatan Ibu dan Anak & Pakar Perubatan Keluarga
a) Kesihatan Ibu Mengandung
b) Kesihatan Kanak – Kanak dan Sains Pemakanan
c) Perkhidmatan Kesihatan Sebelum Mengandung
d) Perkhidmatan Saringan HPV (bagi golongan berusia 30 – 65 tahun)
3) Perkhidmatan Sokongan Klinikal
a) Tiada (Di hantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk ujian, keputusan akan di email semula kepada pihak klinik
4) Perkhidmatan Farmasi
a) Perkhidmatan Pendispensan Ubat
b) Perkhidmatan Kaunseling
c) Perkhidmatan Drug Information Service (DIS)
d) Perkhidmatan Tambah Nilai - Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1M) (Dalam Proses)
PEGAWAI PERUBATAN
Pakar Perubatan Keluarga : Dr. Hazwani Binti Padzir
Pegawai Perubatan Yang Menjaga : Dr Anitha Rachel
Cara perkhidmatan ini diberikan kepada orang awam:
Semasa tempoh pasca PKP dan PKPB pelanggan disarankan untuk mendapatkan temujanji melalui telefon, email atau sistem temujanji atas talian. Tidak digalakkan datang sendiri ke klinik tanpa temujanji kecuali kes kecemasan . Temujanji juga dijalankan secara sistem temujanji berperingkat berperingkat dan telefon konsultasi untuk memastikan penjarakan sosial dapat dikekalkan.
ALAMAT
Lot 13725 , Jalan Segambut, Segambut Tengah, 51200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
HUBUNGI KAMI
No Tel: 03-62585960 No Fax: 03-62533714
Emel: kksegambut@moh.gov.my