Kit Mantul Seni 5 (Kit Man S5) merupakan Sistem Pembelajaran Inovatif Kendiri Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) berorientasikan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan 5 dibangunkan bertujuan untuk menjamin kelangsungan PdPR berimpak secara dalam talian sekaligus membentuk pemikiran komputasional dalam kalangan murid iaitu kebolehan untuk memahami dan mengaplikasikan prinsip asas sains komputer melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dalam konteks ini, pemikiran komputasional merupakan kaedah penyelesaian masalah yang diterjemahkan dalam bentuk aktiviti atau tugasan pembelajaran yang boleh dilaksanakan dengan berkesan menggunakan penyelesaian berteraskan komputer. Reka bentuk sistem ini adalah berdasarkan empat strategi pembelajaran kendiri merangkumi Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-Directed), Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-Paced), Pembelajaran Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed) yang banyak digunakan dalam KSSM Asas Sains Komputer (ASK). Satu contoh dalam KSSM ASK ialah melalui penggunaan perisian kursus atau laman web yang terpilih dengan terarah kendiri, murid boleh menentukan kandungan yang hendak dipelajari mengikut kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Reka bentuk sistem ini menyediakan tiga mod pembelajaran kendiri iaitu Mod Pembelajaran Berasaskan Modul, Mod Pembelajaran Berasaskan Projek dan Set Ulangkaji Pembelajaran bagi silibus pelajaran tingkatan 1 hingga tingkatan empat. Empat fasa pembelajaran seperti yang terkandung dalam DSKP PSV merangkumi persepsi seni, eksplorasi seni, ekspresi seni dan apresiasi seni telah disusun dan disesuaikan dengan fasa aktiviti pembelajaran murid. Rekabentuk sistem ini menggabungkan strategi pembelajaran kendiri dan fasa pembelajaran bersepadu mencakupi kemahiran pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif murid. Sistem ini boleh diakses melalui tiga cara iaitu akses pautan halaman Google Site, instalasi operasi Android Package (apk.) dan muat turun aplikasi melalui Google Play Store dan App Store.
ATILA BINTI KHAZALI
PEREKA KANDUNGAN DIGITAL
KIT MANTUL SENI 5
GURU CEMERLANG PENDIDIKAN SENI VISUAL
SMK Wangsa Maju Seksyen 2
Setapak 53300 Kuala Lumpur
My ARTILA
My Art Innovative Learning Academy
sites.google.com/view/atilakhazali-psv/my-artila
Copyright @ 2021. All rights reserved