✓ Urutan mampu meningkatkan pengaliran darah & membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat ialah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu di badan
✓ Urutan mampu mengurangkan kesakitan walaupun ia bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat.
✓ Urutan mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar & mengurangkan lesu terutamanya bagi yang selalu keletihan dengan tugasan harian.
✓ Urutan mampu memperbaiki pernafasan dan mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Oksigen dalam darah merah dapat membuatkan badan jadi sihat dan segar
✓ Urutan membantu membetulkan perjalanan darah dan seterusnya boleh merawat penyakit penyakit seperti lemah syahwat (tenaga batin dan sebagainya)
✓ Urutan mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan tenang.
✓ Urutan digalakkan kepada bakal pengantin bagi membantu menaikkan 'seri', cergas, dan lebih bersemangat sewaktu hari persandingan serta khasiat lainnya. (Disyorkan berurut seawal satu bulan sebelum nikah)
✓ Urutan juga mampu mengeluarkan angin dalam badan yang menyebabkan masalah seperti kembung perut, pedih ulu hati, mual, pening, dan lain-lain lagi.
✓ Urutan juga mampu membantu melancarkan pencernaan ketidakhadaman yang menyebabkan sembelit ringan.
• MEREMAJAKAN TUBUH
Jika tekanan kerja yang terlalu kuat, masalah peribadi atau beberapa bahagian tubuh yang terasa sakit, selain berehat, urut badan juga dapat membantu. Urut badan dapat meremajakan tubuh anda dan ketika bangun, tubuh akan terasa lebih energetic. Urut badan yang biasanya menggunakan aromaterapi, minyak essential dan losyen turut membantu menyegarkan fikiran anda.
• MENCERAHKAN KULIT
Sudah pasti, kalau boleh bukan hanya wajah sahaja yang anda ingin nampak bersinar atau kelihatan lebih cerah. Tubuh pun demikian. Urut badan akan membantu meningkatkan fungsi kelenjar sebasea dan mengeluarkan peluh dalam tubuh serta membersihkan kulit. Ini akan mengangkat sel kulit mati dari tubuh, melegakan otot-otot, meningkatkan kitaran dan memberikan kesegaran pada wajah dan tubuh anda.
• TIDUR JADI LEBIH NYENYAK
Jika anda tidak boleh tidur nyenyak pada malam hari, elok anda urut badan kerana ia sangat efektif dalam meningkatkan pola tidur anda. Urut badan akan membantu membuatkan tubuh dan fikiran menjadi lebih relaks dan mengurangkan stress sehingga secara semulajadi akan membantukan anda rasa megantu. Ini adalah kerana ketika melakukan urutan, secara tak langsung ia akan mengeluarkan hormon tenang.
• MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Urut badan adalah cara yang sangat bagus untuk meningkatkan perjalanan darah dalam tubuh. Urut badan akan meningkatkan sistem perjalanan darah dengan cara mengepam oksigen ke dalam jaringan, organ dan juga membantu menghilangkan racun dari tubuh.
• MEMPERBAIKI POSTUR
Urut badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur tubuh. Urut badan akan membantu melatih otot-otot tulang untuk duduk dalam kedudukan yang tepat. Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot tubuh dan menjadikan postur anda lebih baik.