KIMI SERVICES ENTERPRISE adalah sebuah syarikat Muslim Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 2012 sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan khusus berdasarkan kod bidang seperti yang telah didaftarkan.
Perkhidmatan utama yang menjadi teras operasi syarikat ini adalah kerja-kerja pembinaan, membekal barangan pembinaan, kelengkapan premis, kedai serbaneka, membekal barangan runcit, pakaian dan mencuci kawasan. Rumusan umum visi dan misi yang dijunjung syarikat ini adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan dan pembekal terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan.
KIMI SERVICES ENTERPRISE begitu komited dalam operasi kerja bagi menjadi sebuah syarikat perniagaan Bumiputera yang patuh Shariah, maju dan unggul. Syukur kepada Allah SWT, kini syarikat ini telah melebarkan operasinya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Dengan organisasi yang kukuh, usaha keras dan saingan yang sihat, syarikat ini akan terus komited dalam merealisasikan visi dan misi syarikat.
Dengan izin Allah SWT, moga syarikat ini terus maju jaya seterusnya dapat menyumbang kepada masyarakat terdekat khususnya dan kepada ekonomi ummah secara umumnya.
Menjadi Syarikat Muslim Bumiputera Unggul
Menyediakan perkhidmatan terbaik dan menjadi penyumbang kepada masyarakat lingkungan
We provide the best