GARIS PANDUAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF HORIZON BAHARU (KIKHB) 2024
KIKHB 2024 (POLIPD) 27 hingga 29 OGOS 2024
Syarat Penyertaan
Bidang & Kategori Projek KIKHB 2024
Kriteria Projek KIKHB 2024
Kumpulan Penyertaan
Permohonan Penyertaan
Penolakan Penyertaan
Penyertaan KIKHB 2024 terbuka kepada semua warga Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Projek yang menyertai pertandingan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan sebelum tarikh akhir penyerahan dokumentasi projek kepada pihak urus setia.
Bidang yang dipertandingkan adalah Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (penciptaan/ penambahbaikan) dan Inovasi Sosial (penciptaan/ penambahbaikan).
Projek KIKHB 2024 mestilah telah siap dan dilaksanakan/dijalankan sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup penyertaan dan tidak lebih daripada 3 tahun dari tarikh ia diperkenalkan dan dilaksanakan.
Projek KIKHB 2024 mestilah telah diaplikasikan serta diperakukan kebolehfungsiannya.
Projek KIKHB 2024 yang telah memenangi mana-mana pertandingan KIK di peringkat yang lebih tinggi seperti Kementerian, MAMPU, KIKSA ataupun mana-mana anugerah dari agensi luar sama ada dalam negara mahupun luar negara adalah TIDAK LAYAK menyertai pertandingan.
Projek KIKHB 2024 yang telah memenangi Anugerah Projek KIK HB peringkat Kebangsaan anjuran JPPKK pada tahun-tahun yang lepas adalah TIDAK LAYAK menyertai pertandingan ini kecuali penambaikan 30 peratus (30%) telah dibuat pada projek tersebut.
Pihak penganjur berhak menerima dan menolak penyertaan yang tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pihak penganjur berhak menukar kategori penyertaan kepada kategori yang sewajarnya. Sebarang pertukaran kategori akan dimaklumkan kepada pemohon.
Keputusan pemilihan kumpulan yang Iayak untuk menyertai KIKHB 2024 adalah MUKTAMAD.
BIDANG & KATEGORI PROJEK
Inovasi Sosial
Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan Iebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh.
Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunan sesuatu inovasi.
Ciri-ciri utama inovasi sosial adalah:
Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam masyarakat.
Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersamasama rakyat bagi rnemastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka.
Inovasi Penyampaian Perkhidmatan
Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat.
Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah:
Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi
Budaya Kerja
Kewangan dan Aset
Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Projek Pembangunan
Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Ciri-ciri inovasi penyampaian perkhidmatan adalah:
Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.
Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia.
Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan.
KRITERIA PROJEK
KUMPULAN PENYERTAAN
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang- kurangnya 2 orang tetapi tidak melebihi 6 orang daripada agensi sama untuk melaksanakan projek KIK yang terdiri daripada:
Seorang Ketua Projek;
Lima Orang Ahli Kumpulan.
PERMOHONAN PENYERTAAN
Kumpulan KIK yang menyertai KIKHB dikehendaki mengemukakan borang permohonan yang disediakan.
Setiap institusi dibenarkan menghantar dua (2) penyertaan:
1 penyertaan bagi kategori Inovasi Sosial;
1 penyertaan bagi kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan.
Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
Setiap kumpulan hendaklah mengemukakan perkara-perkara berikut kepada pihak urus setia sebelum tarikh tutup iaitu:
Lampiran 1 : BORANG PENGESAHAN AWAL PENYERTAAN
Lampiran A : MAKLUMAT ORGANISASI, KUMPULAN DAN PROJEK
Lampiran B : RINGKASAN EKSEKUTIF
PENOLAKAN PENYERTAAN
Keputusan panel penilai dalam KIKHB terhadap penilaian projek kumpulan adalah muktamad.