SEJARAH DAN ASAL USUL
Joget merupakan tarian yang paling popular bagi kesemua tari rakyat. Tarian tersebut telah menjadi kebiasaan untuk mempersembahkan tarian sosial semasa abad ke-20 di mana penari cabaret menari di Taman hiburan, dewan tari, fun fair park dan cabaret yang diperbadankan Joget sebagai repertior mereka. Pada awal abad ke-20 sehingga 1960-an, Joget merupakan sebahagian daripada repertoir Ronggeng di mana tergolong dengan variasi gaya tarian Inang dan Asli. Perkataan ’Joget’ menandakan tarian dalam erti kata yang luas tetapi ia juga merujuk kepada tari rakyat yang tertentu di mana telah berkembang daripada elemen-elemen pembauran tari rakyat Portugis dan gaya tarian Melayu. Spekulasinya sangat meluas bahawa orang Melayu dari Melaka yang pertama kalinya menari Joget iaitu pada abad Portugis(1511-1641). Secara meluasnya Joget dianggap sebagai versi Melayu Portugese Branyo, terbitan tempatan Brundo atau Branle, di mana ia sangat popular pada abad ke-15 di Eropah. Brundo atau Branle, yang kebiasaanya akan menari di dalam satu bulatan atau dalam satu garisan, telah menjadi satu asas bagi Branyo. Orang Melayu Melaka yang telah menghalang Portugis untuk menyertai dan keturunan mereka untuk menari, persembahan tari adalah sama dengan Branyo yang mempunyai dua bahagian dan pembahagian tiga rentak dari European Brundo, Branle dan muzik tempatan Branyo. Malah kedua-dua Joget dan Branyo meminjam persamaan yang sama iaitu tiga-terhadap-dua irama, dan mungkin melodi boleh mengubah mengikut kehendak. Ia juga berkemungkinan bahawa orang Melayu Melaka telah membina tarian baru di Melaka pada abad ke-16.
Branle yang ditarikan dalam 2/4 (rentak dua) dikenali sebagai branle double dan branle simple, manakala branle yang ditarikan dalam 3/4 (rentak tiga) dikenali sebagai branle gai. Kemungkinan besar branle menjadi asas branyo di Melaka, yang kemudiannya ditiru dan digayakan oleh orang Melayu dan disebut sebagai “joget”.
LATAR BELAKANG
Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan dipelajari. Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar. Suatu ketika dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya di Negeri Melaka. Joget juga bermaksud menari atau bertandak. Istilah ini digunakan dengan meluas di dunia Melayu sebagai istilah generik bagi seni tari. Joget telah diperkenalkan di Malaysia oleh orang Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Portugis. Orang Melaka dipercayai telah mencipta joget, sama ada tarian ataupun muziknya, dengan memilih dan mengambil gerak tarian branyo yang ditarikan oleh orang Portugis di Melaka. Namun demikian, tarian branyo yang ditarikan di Melaka oleh masyarakat Portugis bukan berasal dari Portugal, tetapi dipercayai telah diperkembangkan daripada tarian brundo ataupun branle dari Semenanjung Iberia. Brundo atau branle yang popular di Portugal, Sepanyol dan Itali pada abad ke-16, telah diperkembangkan di tanah jajahan negara-negara tersebut.
Joget juga merupakan muzik tarian yang rancak dan laju, yang dipimpin oleh violin dan accordion disertakan dengan rebana. Pada waktu dahulu, muzik joget ini selalunya dimainkan sewaktu sesuatu perayaan di kapung dan ini memupuk semangat kemasyarakatan di antara orang-orang kampung, Muzik joget lazimnya diakhiri dengan bahagian tandak, di mana muziknya menjadi semakin cepat untuk menandakan ia akan berakhir. Suatu masa dulu, tarian joget bermula apabila penari lelaki akan mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya tetapi dalam persembahan joget diatas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.
PERKEMBANGAN
Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Tarian ini juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari lelaki dan perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada “wrong geng” kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johor Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramai-ramai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.
LAGU DAN ALAT MUZIK
Muzik adalah antara pelengkap dalam sesebuah persembahan tarian. Sama ada ia terdiri dengan sendirinya atau sebagai tulang belakang persembahan tersebut. Pelbagai peralatan yang digunakan untuk menghasilkan muzik yang tersendiri bergantung pada kreativiti seseorang itu mencipta alat-alat muzik tersebut. Peralatan muzik yang digunakan bagi Joget tergolong dalam kategori alat muzik membranfon dan idiofon. Hanya menggunakan, satu unit rebana, satu unit biola dan satu unit gong. Alat muzik yang mengiringi Joget ini mempunyai peranannya tersendiri namun secara keseluruhan, alat muzik berperanan bagi membimbing penari sewaktu melakukan gerak tari agar kelihatan kemas dan seragam khususnya bagi penari yang menari secara berkumpulan.
Secara tradisionalnya, muzik joget di mainkan oleh kumpulan pemuzik kecil. Seorang pemain biola memainkan melodi, dua orang pemain rebana memainkan ritma dan menentukan rentak lagu dan seorang bermain gong. Untuk pengiraan tempo, kiraan ‘dan 1, dan 2, dan 3, dan 4 …..’ digunakan dalam tarian joget . Gerak kaki yang dikenali sebagai ‘Terancang’ mempunyai tempo yang tepat. Ciri utama muzik joget ialah ritma yang cepat dengan rentak dua atau tiga yang mempunyai keserasian dengan tarantella atau fandango dalam tempo 3/4 atau 6/8 . Pada permulaan tarian joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club, Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi.
BUSANA DAN TATARIAS
Busana penari joget lelaki ialah sepasang baju Melayu Cekak Musang lengkap dengan songkok dan samping songket. Istilah Cekak Musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tengkak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu yang digayakan oleh kaum lelaki. Songkok juga dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu yang dipakai ketika menari kebanyakkan tarian melayu tradisional dan untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat melayu di Malaysia, Singapura yang beragama Islam dalam bentuk seakan-akan fez dan kebanyakannya dihasilkan dalam warna hitam.
Busana bagi penari perempuan bahagian hadapan. Baju kebaya labuh sebagai warisan daripada Kerajaan Johor – Riau terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga ke buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak dihadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Taradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus dihadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga. Manakala, bahagian belakang ialah cucuk sanggul, bunga, anting-anting dan aksesori kepala penari perempuan. Warna-warna pakaian lelaki dan perempuan biasanya seragam untuk menimbulkan keserasian dan kesenian tarian joget.
AKSESORI DAN PROP
Aksesori yang digunakan khususnya penari wanita dalam tarian Joget ialah, gelang tangan, dokoh, cucuk sanggul dan anting-anting.
DOKOH RANTAI
GELANG EMAS
CUCUK SANGGUL
ANTING - ANTING
NAMA RAGAM DAN DISKRIPSI GERAK
Asas Tarian Joget
Pergerakan Setempat
Pergerakan Maju
Pergerakan Undur
Ragam Kunang-kunang Mabuk
Ragam "S"
Ragam Terancang Setempat
Ragam Terancang Melompat
Ragam Angkat Kaki ke Sisi
Ragam Angkat Kaki ke Hadapan
TEKNIK / OLAH TUBUH
Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan. Tempo tarian joget yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas
KOREOGRAFI
ASAS TARI JOGET
Setempat
Maju
Setempat
Undur
Setempat
Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan Balik)
Setempat
Maju
Undur
Setempat
Ragam "S", Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi)
Ragam "S", Maju, Undur & 4 Penjuru (Balik)
Setempat
Ragam Terancang Setempat
Ragam Terancang Lompat
Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan
Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri
Ragam Angkat Kaki ke Hadapan
Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur)
STRUKTUR DAN ESTETIKA
Menurut sumber Tarian Joget sangat popular dan terkenal di negeri Melaka. Seperti tarian lain Tarian Joget juga mempunyai struktur dalam persembahannya. Diantara struktur Tarian Joget ialah :
1. TERANCANG
Gerakan ini ialah gerakan kaki yang menginjut dalam bentuk segi tiga yang terletak di tengah tengah persembahan lagu dalam Tarian Joget.
2. KUNANG KUNANG MABUK
Gerak ini sama agak menyamai seperti gerak yang terdapat dalam ragam Pusau Belanak Besar dalam tarian Zapin Melayu Johor tetapi agak kelainan sedikit dimana gerakan langkah dari posisi tepi,maju dan pusing.
3. LANGKAH MAJU MUNDUR
Gerak ini ini dinamakan gerak acah mengacah dimana penari akan bergerak maju dan mundur kekiri dan kekanan.
CARA PERSEMBAHAN
Dalam tarian joget, gerak geri kaki lebih penting daripada gerakan tangan. Tempo tarian joget yang sederhana ialah langkah 2/4 dan langkah 3/8 untuk pergerakan yang pantas. Tarian Joget ditarikan dalam satu kumpulan pergaulan yang terdiri orang tua, muda, lelaki dan wanita secara berpasangan. Orang yang sedang menari dikatakan berjoget atau bertandak sementara pengiring tarian dikatakan pencak joget.
Dalam pesta-pesta keramaian, penari lelaki berjoget akan mengembing atau mempelawa (menjemput) penari wanita agar berjoget dengannya tetapi dalam persembahan joget di atas pentas terdapat 3 atau 4 pasangan penari joget dalam satu-satu persembahan.
KESIMPULAN
Terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian masyarakat di malaysia dan Tarian Joget adalah salah satu darinya. Semua jenis tarian mempunyai sejarah dan tujuan yang tersendiri. Sebagai rakyat malaysia kita hendaklah mengenali budaya setiap masyarakat yang ada di negara kita. sebagai contoh mengetahui serba sedikit mengenai budaya tarian dan juga budaya-budaya lain masyarakat di malaysia. Oleh itu, secara tidak langsung kita dapat menyokong saranan perdana menteri tentang satu malaysia.
SUMBER RUJUKAN
Noorshafiza Muhaidi. (2009, March 21). Tarian Joget. Retrieved December 9, 2022, from http://warisantarianmelayu.blogspot.com/2009/03/tarian-joget.html
Mohd Fauzi. (2017, October 4). Sejarah Tarian Joget. Scribd. Retrieved December 9, 2022, from https://www.scribd.com/document/360628044/SEJARAH-TARIAN-JOGET
Fizarina. (2021, June 8). Modul kokurikulum ~ Seni Tarian tradisional di Malaysia - Membalik Buku Halaman 1-41: Anyflip: Fizarina. AnyFlip. Retrieved December 10, 2022, from https://anyflip.com/ycegx/ynum/basic