JUMLAH AHLI APRIL 2025 : 3,569 orang
JUMLAH AHLI PBH MAC 2025 : 227 orang
JUMLAH AHLI APRIL 2025 : 3,569 orang
JUMLAH AHLI PBH MAC 2025 : 227 orang
MAKLUMAN!!!!!
Apa yang perlu cawangan sediakan selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tiga Tahunan Cawangan?
Cawangan perlu menyediakan :-
- Borang L - 1 salinan
- Borang U - 1 salinan
- Penyata Undi Sulit ( Original ) 3 salinan
- Minit Mesyuarat ( Original ) 3 salinan
Pihak cawangan perlulah menge’pos’kan dokumen tersebut kepada kesatuan di alamat:
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA FGV PALM INDUSTRIES SDN. BHD
NO. 58-A, TINGKAT 2,
JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN,
20000 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.
NO. TEL : 09-6232300
*** tidak boleh hantar melalui emel atas sebab JHEKS perlukan dokumen yang original / tandatangan original.
***Pihak cawangan perlu menghantar kepada Kesatuan dengan kadar segera kerana pihak JHEKS perlukan dokumen tersebut selepas 14 hari cawangan mengadakan mesyuarat.
Semoga dalam makluman pihak tuan.
Terima kasih.
Kesatuan FGV Palm adalah kesatuan pekerja yang mewakili pekerja-pekerja yang bekerja dalam industri kelapa sawit, khususnya di ladang-ladang yang dimiliki oleh FGV Holdings Berhad. FGV adalah salah satu syarikat terbesar dalam industri kelapa sawit di Malaysia.
Tujuan utama Kesatuan FGV Palm adalah untuk mempertahankan hak-hak pekerja, termasuk:
Gaji dan faedah: Memastikan pekerja mendapat bayaran yang adil dan manfaat lain seperti elaun dan insurans.
Keadaan kerja: Memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat bagi para pekerja.
Keselamatan sosial: Mewujudkan perlindungan sosial untuk pekerja, termasuk perlindungan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.
INFO PENUBUHAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA FGV PALM INDUSTRIES SDN. BHD.
1. Nama Kesatuan: KESATUAN PEKERJA-PEKERJA FGV PALM INDUSTRIES SDN. BHD.
2. Latar Belakang Kesatuan:
Tarikh Penubuhan: 19 Januari 1976
Nama Asal (1976): KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERBADANAN KILANG-KILANG FELDA
Pertukaran Nama (1989): KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERBADANAN-PERBADANAN FELDA
Pertukaran Nama (1997): KESATUAN PEKERJA-PEKERJA FELDA PALM INDUSTRIES SDN. BHD.
Pertukaran Nama (2019): KESATUAN PEKERJA-PEKERJA FGV PALM INDUSTRIES SDN. BHD.
3. Tujuan Kesatuan Ditubuhkan:
Mewujudkan perhubungan yang baik di antara majikan dan pekerja.
Mewujudkan keharmonian perusahaan di antara majikan dengan majikan dan pekerja dengan pekerja.
Meningkatkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan.
Memelihara hak dan kepentingan pekerja melalui program-program pendidikan, ekonomi, dan sosial.
4. Misi dan Visi Kesatuan:
Visi:
Menjadi organisasi yang bertanggungjawab dan berkesan dalam merealisasikan pergerakan dan perjalanan kesatuan serta urus tadbir kesatuan ke arah kecemerlangan.
Misi:
Memastikan setiap pergerakan kesatuan sentiasa mengikut akta dan perlembagaan kesatuan sekerja, dalam memikul amanah yang diberi, telus dalam setiap keputusan yang dibuat, dan ikhlas dalam menjaga kepentingan kesatuan dan kebajikan ahli-ahli.