Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (KESAN) adalah satu persatuan yang ditubuhkan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang bertujuan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan sukan, aktiviti kebajikan seperti CSR, kebudayaan, lawatan muhibbah dan kegiatan lain yang berkaitan.
Keahlian
AHLI BIASA
(a) Semua anggota yang berkhidmat di JANM Ibu Pejabat adalah secara automatik menjadi Ahli KESAN PUTRAJAYA.
(b) Ahli Biasa berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan boleh dipilih untuk memegang apa-apa jawatan dalam kelab.
AHLI BERSEKUTU
(a) Semua pegawai kontrak (contract for service, contract of service dan MyStep) di JANM Ibu Pejabat adalah layak untuk memohon menjadi Ahli Bersekutu KESAN.
(b) Ahli Bersekutu layak mendapat semua kemudahan sebagaimana Ahli Biasa tetapi tidak berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan tidak boleh dilantik menjadi ahli Jawatankuasa KESAN kecuali jika dilantik oleh Yang Dipertua KESAN.
(c) Tiap-tiap permohonan menjadi Ahli Bersekutu seperti perenggan 3(ii)(a) hendaklah dihantar kepada Setiausaha menggunakan Borang Permohonan Ahli Bersekutu KESAN untuk kelulusan Jawatankuasa.
(d) Pemohon yang telah diluluskan menjadi Ahli Bersekutu hendaklah membayar yuran seperti perenggan 4 undang-undang ini kepada Bendahari.
Perlembangaan KESAN 2026
Perlembagaan KELAB SUKAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA_226-5-6T124.pdf
Kelab Sukan Akauntan Negara Malaysia (KESAN)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Aras 8, Kompleks Kementerian Kewangan,