SMJK KEN HWA
根 华 中 学
Kenhwa Digital Link (KDL)
SMJK KEN HWA
根 华 中 学
Kenhwa Digital Link (KDL)
📎LINK# DALAMAN KEN HWA
KDL adalah nama singkatan bagi KenHwa Digital Link diwujudkan sebagai koleksi atau himpunan link laman web untuk staff (Guru/AKP) di SMJK KEN HWA.
eRPH adalah Rancangan Pengajaran Harian digital/elektronik yang merupakan Pengurusan RPH yang dilaksanakan secara atas talian tampa melibatkan kertas. Boleh diakses dimana-mana. Sistem pengurusan fail alaf baharu. Dokumen disimpan dengan rapi & mudah dicapai pada bila-bila masa.
eFTBK adalah nama singkatan bagi eForm Tempahan Bilik Khas Ken Hwa yang merupakan platform pengurusan maklumat bagi bilik-bilik khas di SMJK KEN HWA seperti dewan, makmal,bengkel dan perpustakaan yang membolehkan pengguna boleh menempah bilik/tempat secara online.
📎LINK# SISTEM untuk GURU
DELIMa adalah singkatan bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang merupakan satu platform pengurusan pembelajaran online yang membolehkan murid-murid mengaksesnya dengan mudah melalui akaun Google mereka.
Sistem Pengurusan IDentiti (IdMe) akan menjadi repositori utama bagi menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.
APDM merupakan singkatan bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid. APDM digunakan bagi key-in maklumat murid seperti kedatangan ataupun kehadiran. Kehadiran murid akan diisi secara online melalui APDM.
SPLKPM atau Sistem Pengurusan Latihan KPM merupakan portal yang dibangunkan khas oleh KPM bagi mengakses Sistem Pengurusan Latihan Guru atau SPLG – Pelbagai aktiviti boleh anda tambahkan ke dalam ePembelajaran, termasuklah yang terbaru – AI Untuk Rakyat.
HRMIS adalah singkatan bagi Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia.
Apa itu ePangkat KPM? Sistem Kenaikan Pangkat Kementerian Pendidikan Malaysia atau ePangkat KPM, merupakan salah satu sistem yang memaklumkan berkenaan dengan pangkat setiap pekerja yang berada di bawah kementerian ini.
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merekod dan menguruskan sahsiah diri murid di sekolah. Sistem ini tidak hanya berkaitan dengan perekodan sikap atau peribadi murid yang negatif, tetapi juga mencakupi aspek positif.
EOperasi merupakan salah satu modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan untuk membantu meningkatkan pengurusan data berkaitan dengan guru dan bukan guru di sekolah.
e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
EPSA ialah akronim bagi E-Pembelajaran Sektor Awam. EPSA dibangunkan sebagai portal pembelajaran yang mempunyai kemampuan bagi tujuan komunikasi, kolaborasi, penyampaian kandungan dan penilaian pelajar.
Egtukar adalah modul pertukaran guru yang membolehkan guru-guru di Malaysia mengemukakan permohonan untuk bertukar sekolah atau negeri.
e-Penyata Gaji merupakan sistem online oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) untuk memberi akses kepada Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.
Mytax adalah aplikasi yang dibuat oleh Lembaga Hasil bagi memudahkan pembayar cukai menyemak status percukaian mereka. Terdapat pelbagai info dalam aplilasi Mytax ni.
📎LINK# PORTAL PENDIDIKAN
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
📎LINK# GROUP
Kosong...